Al Iadah Hiya Az Ziadah

Pages

Thursday, August 25, 2011

Jangan Tamak!

Posted by ABC On 2:16 AM No comments


Contoh sahaja


Kita ada 2 pencuci muka berjenama garnier. Yang berbezanya adalah satu pencuci muka dan lagi satu pencuci muka + hilangkan jerawat .

Bagi item pertama iaitu pencuci muka tersebut direka khas bagi menghilangkan segala kekotoran, habuk dan lain-lain pada muka. Hanya dengan menyapu dan membilas. Settle!

Bagi item ke 2 pula, ia berfungsi mencuci muka dan mempunyai toxin untuk bunuh kuman jerawat .

Jika kita sebagai doktor, sudah semestinya kita akan menyarakan ubat yang spesifik bagi suatu penyakit yang spesifik. Sama seperti apabila ada kawan kita dahaga, kita akan berikan beliau air bukan makanan kan. Itulah konsep yang diamalkan.

Tetapi secara lahiriahnya memang kita hendakkan yang terbaik untuk diri kita. Terutamanya dalam bab menghias diri. Hendak menjaga imej la katakan.

Al kisah seorang insan bernama Ahmad. Beliau mempunyai masalah kulit berminyak. Beliau pun telah membeli Pencuci muka garnier dan ternyata beliau sungguh gembira apabila dinyatakan "buy 1 free another 1". Apa lagi ditaramlah banyak-banyak garnier bawak balik rumah. Sampai sahaja dirumah lalu digunakan pencuci muka yang baru dibeli sebentar tadi. Seperti saya katakan tadi, beliau mempunyai masalah kulit berminyak jadi sepatutnya beliau menggunakan item no 1 tadi lah. Tetapi beranggapan kuantiti itu lagi penting dari kualiti, Ahmad pun menggunakan Garnier no 2 berbanding dengan item no 1.

"Alah, alang-alang dia hilangkan jerawat, pakai sajalah. Manalah tahu ada boleh sediakan payung sebelum kuman jangkit ka"

Dipendekkan cerita, selepas sebulan menggunakan kaedah sama muka beliau menimbulkan jerawat yang sangat banyak dan bertimbu umpama gunung berapi yang ingin meletus dan disusun rapat-rapat



Selepas mendapatkan penjelasan dari doktor. Bertambahlah sedikit ilmu beliau mengenai tindak balas kulit terhadap kimia. Doktor menerangkan bahawa kimia yang ada dalam item 1 dan 2 berbeza dari jenis kimianya. Ini kerana item no 2 mempunyai kimia tambahan berbanding item 1. Jadi disebabkan muka ahmad tidak mempunyai antigen yang sepatutnya bertindak balas dengan kimia dalam item no 2. Kulitnya menghasilkan respon 'hypersensitivity' dengan menimbulkan jerawat.

Teringat satu ayat:

وَتُحِبُّوْنَ الْمَالَ حُبًّا جَمًّا

Dan kamu mencintai harta benda dengan kecintaan yang berlebihan (al Fajr ayat 20)

Berpada-padalah kita terhadap sesuatu. Jangan terlalu inginkan yang sempurna dan jangan lah terlalu mengharapkan yang jahanam. Jadilah orang yang besederhana. Andai kata kita mempunyai simpanan yang amat kita sayang, bersedialah untuk berkongsi benda itu kerana lagi tinggi nilai tersebut lagi patutlah kita kongsi, bukannya kita memberi sisa makanan kita pada yang hampir mati kebuluran.

Contoh terdekat dan crucial adalah wang. Iya memang kita selalu bersedekah. Apatah lagi dalam bulan ramadhan ini dimana pahala dilipat ganda dan pintu syurga dibuka seluas-luasnya. Tetapi lepas ramadhan nanti tiada lipat ganda jadi kurang sikitlah sedekah lah kot. Ramadhan atau tidak tetapi apa yang kita buat selepas sesuatu perkara, itulah ujian untuk kita sama ada kita istiqomah atau tidak.

Tiada gunanya simpan wang banyak-banyak , bukannya kita boleh guna duit untuk bayar masuk syurga! Kadang-kadang berasa diri sudah banyak bersedekah tetapi itu juga ujian selepas kebajikan. Dimana kita baru diuji sebenarnya. Ini dinamakan ujian selepas pujian.

Alang-alang ingin promote kempen Somalia

Somalia merupakan negara yang mempunyai ramai populasi islam dan juga populasi kematian! Jadi ramai NGO telah mengadakan kutipan sumbangan dan fatwa kali ini menyatakan zakat fitrah kali ini digunakan bagi membantu umat islam di Somalia yang kebuluran. Jadi gunakanlah kesempatan ini untuk memberi sebagai apa yang kita dapat kepada mereka. Apatah lagi pada pelajar yang berbiasiswa dan ada duit lebih.

إنَّما الدنيا لأربعة نفر: عبد رزقه الله مالاً وعلماً فهو يتقي فيه ربه ويصل فيه رحمه، ويعلم لله فيه حقاً فهذا بأفضل المنازل

“Dunia itu untuk 4 jenis hamba: Yang pertama, hamba yang diberikan rizqi oleh Allah serta kepahaman terhadap ilmu agama. Ia bertaqwa kepada Allah dalam menggunakan hartanya dan ia gunakan untuk menyambung silaturahim. Dan ia menyadari terdapat hak Allah pada hartanya. Maka inilah kedudukan hamba yang paling baik.” (HR. Tirmidzi, no.2325, ia berkata: “Hasan shahih”)

(segala penggunaan medical term bolehlah google sendiri kalau mahu faham, dan segala progres dan fungsi dalam ini cumalah rekaan semata-mata)

0 00:

Post a Comment