
Golden Ticket to Syurga
Rasulullah s.a.w. ada bersabda, katanya, “Setiap anak Adam akan dijaga oleh dua malaikat. Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari yang sebelah kiri. Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah kanan katanya, “Apakah yang harus aku catit?”
Kata malaikat di sebelah kanan, “Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan. Malaikat yang di kiri bertanya lagi,”Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus aku catitkan?”
Jawab malaikat kanan, “Biarkannya, sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan akan mendapat 10 pahala. Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala lagi.”
Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata,”Kalau macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam.”
Demikianlah rahmat Allah pada hambanya, kasih sayangNya melimpah ruah tiada terbatas hanya hambanya saja yang lalai dan leka dengan keseronokkan serta kemewahan dunia.
Berbalik kepada ayat awal yang saya bentangkan. Berebutlah kita untuk melakukan kebajikan dan kebaikan kerana hendak mendapat pahala dan dosa dua-dua senang tetapi hendak ataupun tidak sahaja. Sedangkan kalau kita berukhwah dan menpunyai kawan pun boleh memberi syafaat semasa diakhirat, apatah lagi jika kita melakukan perkara yang lebih besar. Jangan komplikasikan agama kerana agama itu mudah!
Dapat tumpuan manusia, hanya manusia kita dapat, Dapat tumpuan Tuhan, nescaya Tumpuan manusia juga kita dapat. Jadi pentingkan yang mana penting dahulu.
Hadrat Ali karamallahuwajjah berkata bahawa Allah subhanawataala telah mematikan dua orang kaya dan dua orang fakir-miskin. Kemudian Dia telah bertanya kepada salah seorang daripada orang kaya itu apakah dia telah hantar terlebih dahulu untuk dirinya sendiri dan apakah dia telah tinggalkan untuk anak-isterinya. Dia menjawap, “Ya Alah, Engkaulah yang telah menciptakan mereka dan Engkaulah yang telah mengambil tanggungjawab untuk rezeki setiap orang. Engkaulah yang telah berfirman di dalam Al-Quran,
Quran Explorer – [Sura : 2, Verse : 245 - 245]
Atas perkara inilah saya telah hantar harta saya terlebih dahulu. Saya telah mengetahui bahawa Engkau akan memberi rezeki kepada mereka.” Maka Allah SWT akan berfirman, “Baiklah. Pergilah. Jika engkau (pada ketika hidup di dunia) telah mengetahui apakah balasan dan pemberian bagimu disisiKu, maka engkau akan terlalu gembira di dalam kehidupan dunia dan terlalu kurang berdukacita.” Selepas itu Allah SWT telah bertanya kepada orang kaya yang kedua, “Apakah yang kamu telah hantar terlebih dahulu untuk dirimu sendiri dan apakah yang kamu telah tinggalkan untuk keluargamu?” Maka dia telah menjawab, “Ya Allah, saya ada anak-anak dan juga saya telah bimbang untuk kemiskinan dan kesusahan mereka. Allah SWT bertanya, “Bukankah Aku telah menciptakan kamu dan mereka, bukankah Aku telah bertanggungjawab untuk rezeki kamu sekalian?” Dia telah menjawab, “Memang, Ya Allah! Tetapi saya telah berasa bimbang yang amat sangat mengenai kemiskinan mereka.” Allah berfirman, “Kemiskinan itu sudah menimpa mereka; adakah kamu dapat menyelamatkan mereka daripadanya?” Baiklah. Pergilah. Jika kamu mengetahui semasa kamu hidup di dunia akan azab apakah yang ada di sisiKu begimu, maka kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis.”
Kemudian Allah telah bertanya kepada seorang fakir, “Apakah yang kamu telah simpan untuk dirimu sendiri dan apakah yang telah kamu tinggalkan untuk keluargamu?” Maka dia telah menjawab, “Ya Allah, Engkau telah menciptakan saya dengan memberikan kesihatan dan keselamatan; telah pun memberi saya kebolehan untuk bercakap dan telah mengajar saya namaMu yang Maka Suci dan mengajar juga untuk berdoa kepadaMu. Jika Engkau telah memberikan harta kekayaan kepada saya, takut nanti saya akan menjadi sibuk dengannya. Saya redha pada Engkau di dalam keadaan saya ini. Maka Allah telah berfirman, “Baiklah. Pergilah. Aku pun redha terhadapmu.
Sekiranya kamu mengetahui semasa kamu hidup di dunia akan apakah yang ada disisiKu bagimu, maka tentulah kamu akan tersangat gembira dan akan kurang menangis.” Kemudian orang fakir kedua telah ditanya, “Apakah yang kamu telah hantar dahulu dan apakah yang telah kamu tinggalkan untuk keluargamu?” Dia telah menjawab, “Ya Allah, apakah yang Engkau telah memberi saya (di dunia) sesuatu yang boleh disoal di sini?” Kemudian dia ditanya pula, “Belumkah Aku memberimu kesihatan, percakapan, telinga, mata dan lain-lain dan belumkah Aku memberitahu di dalam Al-Quran yang bermaksud, “berdoalah kepadaKu, maka Aku akan memakbulkannya.” Dia telah menjawab, “Ya Allah, kesemua ini adalah benar, tetapi saya telah lupa.” Maka Allah berfirman, “Baiklah. Hari ini Aku pun melupakan engkau. Pergilah. Jika engkau mengetahui semasa hidup di dunia akan azab apakah yang ada di sisiKu bagimu, maka kamu akan sedikit ketawa dan akan banyak menangis.
0 00:
Post a Comment