Al Iadah Hiya Az Ziadah

Pages

Sunday, September 11, 2011

'Graduan' Bujang

Posted by ABC On 4:22 AM 4 comments





Bismillah
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Selawat KeAtas Junjungan Nabi Muhammad SaW





Firman Allah SWT yang bermaksud :

“ Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kami pasangan hidup dan anak-anak yang menjadi penyejuk mata ( Qurratu’ayun ) dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa.”( Surah al Furqan ayat 74 )




Sudah semesti ramai menyangka perkahwinan ini mudah dan tidak kurang pula yang susah. Sebab itulah kadang-kadang dalam satu masa kita akan melihat ramaiii yang kahwin dalam tempoh tertentu dan ramai juga TIDAK kahwin dalam masa yang lain.

Susah atau senang itu semua subjektif. Kita tidak boleh meramal masa depan. Jadi Level rintangan kita sememangnya tidak boleh diduga. Sebab itu antara tiang agama adalah mempercayai Qada' dan Qadar. Iaitu dengan memegang sepenuhnya pegangan yang kita percaya walaupun kita tidak nampak.

Apa yang ingin saya ingin tekankan disini adalah, perkahwinan itu adalah perkara yang susah kerana ia melengkapi separuh dari agama kita. Mengapa susah? Bukan kerana banyak rintangannya yang perlu ditempuh sepanjang perjalanan untuk berkahwin, tetapi amanah yang dipegang setelah bergelar seorang 'graduan bujang'

******************************

"Graduan Bujang"

Graduan Bujang bukan merujuk kepada ahli akademik yang telah habis pengajian tetapi kepada yang telah berjaya menghabiskan hidupnya sebagai orang bujang dengan selamatnya.
Kadang-kadang mungkin kita menyangka

" Senang je perjalanan dia untuk berkahwin kan"

"Indahnya hidup dia selepas kahwin"

Saya pasti kebanyakan mungkin terfikir seperti perkara diatas namun indah khabar dari rupa, tidak kenal maka tidak cinta. Itulah pepatah paling sesuai sekali dengan keadaan. Bukan saya ingin menafikan perkara tersebut tetapi ingin membawa rakan-rakan pada perkara disebaliknya, yang tidak nampak.

Percayalah kawan-kawan kita semua tetap akan diuji pabila berada di medan ujian ini iaitu 'Dunia' tetapi yang membezakan antara setiap individu adalah bila dan bagaimana cara penyelesaian. Sekiranya kita mendapat sesuatu yang dihajati dengan mudah maka berhati-hatilah kerana mungkin cabarannya adalah atas kesenangan tersebut. Jika bukan mungkin selepasnya.

Kawan-kawan sekalian, Kita mungkin melihat perjalanan seseorang sebelum kahwin sangatlah mudah! Dari mengambil keizinan dari ibubapa sehinggalah urusan cop mengecop. Sudah semestinya dalam hati berasa cemburu atau nama eng-ge-lish nya 'jealous'.

"mengapalah senang sangat dia minta kahwin, kalau aku....sob3"

Mana tidak tenggelamnya kapal titanic kerana hanya menampakkan ais dibahagian atas tetapi lupakan akan akarnya yang besar dibawah. Sama seperti manusia, kita sering melihat apa yang berada di permukaan tetapi lupa akan perkara disebaliknya. Sentiasalah ingat bahawa ujian akan datang dalam macam-macam cabang. Oleh itu konsep bersyukur dan tawakal harus sentiasa diaplikasi dalam diri senantiasa.

Andai kata sahabat kita permulaannya sangatlah senang, tetapi ujiannya lebih besar kerana ia datang selepas perkahwinan tersebut. Bagi saya ujian yang hadir selepas perkahwinan lebih sukar ditangani kerana sebelum perkahwinan anda dan dia tiada apa-apa ikatan dan tindakan anda sangat terbatas.


Tetapi disaat seorang lelaki menyarungkan cincin perkahwinannya kepada pasangannya, mereka HARUS melakukan apa yang terbaik bagi membaiki semula hubungan mereka atas nama ikatan yang telah tersambung dan juga amanah yang telah diberikan oleh mertua kepada sang lelaki. Disini perlunya pemikiran yang waras, rasional dan pegangan insan itu sendiri terhadap akidah yang dipelajari selama ini kerana siapa yang akan dipertanggungjawabkan pada akhirat nanti sekiranya punah amanah yang dipegang?


“Setiap kalian adalah pemimpin dan bertanggung jawab atas kepemimpinannya. Seorang imam adalah pemimpin dan bertanggung jawab ke atas rakyatnya. Seorang suami adalah pemimpin dalam keluarganya dan bertanggung jawab ke atas kepemimpinannya. Seorang isteri pemimpin di rumah suaminya dan dia bertanggung jawab ke atas kepemimpinannya.” ( Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim )


Tetapi itu bukan penghalang untuk melakukan sesuatu kerja yang murni. Baik dan buruk sebelum atau selepas semuanya ada dimana-mana termasuk juga dalam pernikahan. Apa yang ditekankan adalah persediaan kita sebelum dan selepas sesuatu tindakan kita.

Sentiasalah ingat bahawa perkahwinan ini adalah tanggungjawab bukan sekadar mencari pasangan demi melengkapkan perasaan. Jika sebelum ini kita hanya melakukan perkara mengikut cita rasa sendiri namun selepas perkahwinan, ia adalah tempoh mendidik diri untuk mementingkan orang lain lebih dari diri sendiri.


*******************************

Sanggup atau sedia?


Sukanya saya berkongsi suatu kata-kata:

‎"Aku terima nikahnya si dia binti si ayah dia dengan mas kahwinnya RM.."

Bunyi macam senang? Nah ini erti sebenarnya:
"Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung, dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak aku. Kalau gagal, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka, aku rela malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badanku”

Jadi....persoalannya bukan 'Sanggupkah' kita tetapi 'Bersediakah' kita?

Kesimpulannya, Kita tidak tahu sesuatu perkara itu baik atau buruk bagi kita. Tetapi yang pastinya kita tahu bahawa Allah akan memberi yang terbaik untuk kita bukan dalam aspek perkahwinan sahaja malahan seluruh kehidupan kita. Oleh itu usah gusar atau risau, sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah telah sediakan untuk kita.

Lagi besar ujian itu lagi bagus untuk kita, bukan untuk 'kondem' kita tetapi untuk melatih, mendidik, dan menguatkan kita untuk menghadapi cabaran yang lebih besar pada masa akan datang. Apalagi? Sentiasalah doa untuk yang terbaik!

Dalam melakukan sesuatu tindakan, baik atau buruknya adalah subjektif kerana ketandusan ilmu kita membataskan pemikiran kita. Tetapi jika niat baik dikekalkan hingga akhir akan pembikinan sesuatu tindakan yang ahsan. Kenapa tidak teruskan sahaja? Persiapkan diri dan pecut!




(Gambar hiasan sahaja)





(Ayat typikal 1: kahwin lagi?? :0)

4 00:

ish, menyentak hati saat membaca.

nice post.

Time kasih hazen

bukan senang nak hazen datang komen kat sini

Terharu~

haha. banyak la ko

aku selalu je lalu dan baca kat sini.

Post a Comment