Al Iadah Hiya Az Ziadah

Pages

Sunday, May 27, 2012

Maafkan aku, andai kita tidak dapat bersama

Posted by ABC On 9:49 PM No comments



Saya TAHU semua yang melihat blog ini pernah gagal walau sekali. Saya TAHU semua pernah berusaha/tidak putus asa namun gagal juga. Saya TAHU anda pernah rasa orang lain tidak memahami kita, hanya diri sendiri fahami tuannya. Saya TAHU perasaan apabila berada orang tidak tiada dalam kasut kita. Saya TAHU juga perasaan pabila kita menghampakan orang yang mengharapkan kita. Saya TAHU juga anda semua mungkin pernah tertanya mengapa kita yang diuji. Saya TAHU juga bahawa kegagalan itu merupakan suatu yang pahit untuk ditelan umpama ubat yang pahit sukar untuk ditelan. Namun walau sukar manapun ubat itu pahit untuk ditelan namun ia tetap baik untuk kesihatan diri kita.



                                                              **********************************

Dikeheningan pagi beberapa jam sebelum lecture ini. Saya mengambil kesempatan untuk mengisi sedikit BLog yang boleh saya katakan sudah kategori Blog zaman paleolitik. Maafkan saya atas segala silap saya terutamanya jika tidak meng'update' blog kecil ini. Disebabkan lama tidak update, saya akan mulakan dengan perkara yang 'tidak baik pada mata tetapi baik pada kita'.

Semalam merupakan 'peak' insiden bagi kehidupan aku dimana aku juga akan diuji melalui penghijrahan. Perasaannya sangat bercampur baur walaupun telah ku alami sebelum ini, namun kali ini sedikit berbeza kerana aku sangat yakin dengan keputusan yang bakal tiba. Keputusan yang bakal mengubah segala-galanya dalam kehidupan aku. Aku tidak akan berada disituasi yang sama, orang sama, keadaan yang sama, segala-galanya bakal berubah! 

Andai kita tidak dapat bersama atas perbezaan kelemahan yang tidak dipohon, Masih mahukah anda terhadapku?  Andai kita semua berjalan dijalan yang sama tetapi aku sahaja tersadung ketepi, mahukah kamu menarikku bersamamu? Andai aku kehilangan semuanya, mahukah kamu berada bersamaku? 

(Dipendekkan cerita)

Ramai cuba tolong, tidak kurang juga yang cuba menenangkan. Alhamdulillah aku seorang lelaki, perasaanku sedikit kental berbanding perempuan oleh itu emosi masih boleh dikawal oleh ego.  Aku dahulunya dikenali sebagai 'hero' namun aku terkandas menjadi seorang 'loser'.

Walau pelbagai persepsi telah timbul difikiranku. Namun berbekalkan cebisan iman yang ada mampuku buang segala keinginan yang menjerumus kepada kehancuran seperti yang mampu terjadi didunia kini. Setiap kali aku ditimpa bencana, aku akan memikirkan kebaikannya. Fikir dan fikir aku teringat pula kepada peristiwa Hijrah pertama dimana Para sahabat telah berhijrah dari Madinah ke Habsyah disebabkan kezaliman makin menjadi-jadi di Mekkah. Jika kita kaji teliti maksud hijrah itu sendiri adalah perpindahan, perpindahan yang membawa kepada kebaikan. 

Aku cuba mengaitkan peristiwa hijrah dengan diriku, andai kata Hijrah adalah yang terbaik buat umat pada zaman nabi dahulu, nescaya juga ia bagus untuk aku. Ya, Mungkin kita tidak dapat bersama orang yang kita sayang, buat perkara yang kita sayang, meninggalkan apa yang kita suka, hidup berlainan dengan apa yang kita patut lakukan seperti orang yang sebaya dengan kita. Namun jika kita cuba teliti semula, telitilah walau seketika, kita akan dapati kebaikan itu lebih banyak dari dukanya.

 “Hai Nabi, cukuplah Allah (menjadi Pelindung) bagimu dan bagi orang-orang mukmin yang mengikutimu”. (Al-Anfal : 64),

Kita harus sedar bahawa fitrah kehidupan manusia sememangnya bermula dari KEGAGALAN. Contoh? Banyak dan boleh google sendiri tokoh-tokoh yang hebat terdahulu (rajin sikit jangan malas). Andai kita mencari kasih sayang, kita mempunyai ibubapa yang sentiasa mendokong dari belakang, dan paling penting sekali, tawakal kita itu sendiri.

Jadi bagi pendapat aku, bersyukur dengan ujian yang hadir dalam hidup kita sangat penting kerana kita adalah orang yang TERPILIH , LAYAK, dan MAMPU menghadapi ujian ini dibandingkan dengan rakan-rakan lain yang tidak hadapi ujian seperti kita. "an apple a day keeps the doctors away". Cabaran awal menyediakan kita bagi menghadapi cabaran yang lewat.


"Bagaimana mereka boleh dikatakan beriman sedangkan mereka masih belum diuji?"


Sebenarnya kita ada backup yang kecil dan juga paling besar sekali..Bergantung kepada apa sebenarnya yang kita percaya ! 

Andai kita tidak yakin dengan ketentuannya, bagaimana kita hendak yakin dengan apa yang bakal kita lakukan?

Aku bercakap ini sebenarnya sekadar ingin menenangkan dan menyedapkan hati dan juga pembuka bagi penulisan blog ini. Minta maaf andai tiada kaitan dengan hasrat pembaca. Namun ini merupakan permulaan bagi penulisan seterusnya. Wallahua'lam.

(Doakan watak dalam cerita ini agar terus kuat dan menjadi orang yang berjaya pada suatu hari nanti)