Al Iadah Hiya Az Ziadah

Pages

Friday, September 2, 2011

Perkahwinan adalah ibadah bukan memuaskan nafsu

Posted by ABC On 5:49 AM No comments




surah ar-Rum ayat 21

Allah menyatakan, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran”.


Assalamualaikum wbt

Kadang-kadang saya pelik lah. Bila sebut sahaja mengenai perkahwinan, perkara pertama yang datang kepada kepala kita adalah benda yang kita tidak dapat sebelum kahwin. pasangan, kepuasan, nafsu, seks dan seumpamanya.

Tetapi tidak pula mereka memikirkan perkahwinan ini ada cara mudah untuk merapatkan diri kepada Allah dan juga cara mudah mendapatkan pahala untuk diri.


Lagi teruk lagi apabila dicampur adukkan dengan pemikiran negatif. Tambah-tambah lagi bila mak cik pasar mengambil bahagian.

"anak demo kahwin awal sangat? Gata sokmo apa"

"dok taha dah ke?"

Waduh. Beginilah jadinya bila mulut tidak dijaga bahan juga akan binasa.

Jika kita tidak tahu akan sesuatu jangan menjadikan diri kita seperti musang yang bercakap.
Boleh jadi apa yang disangkakan betul apa yang difikirkan itu betul dan juga salah. Kalau betul tidak mengapa, kalau tidak buat dosa.

Andai kata kita tidak mengetahui seseorang jangan dibuatkan penilaian. "dont judge the book by its cover" bak kata orang putih. Sebelum ini aku tidak memahami pepatah tersebut tetapi baru ku paham setelah belajar bahasa english. Kita tidak mengetahui apa sebab setiap tindakan yang dilakukan, mungkin atas diri insan tersebut adalah sunat, wajib, terpaksa, dipaksa, dan juga alasan munasabah. Jika ingin mengenali atau mengetahui, tanyalah bukannya menyebar.

*****************************

Perkahwinan adalah ibadah bukan memuaskan nafsu

Memang banyak "khilaf" atas tajuk diatas. Saya tidak nafikan juga memang antara hikmah berkahwin memuaskan nafsu yang dapat membantu diri mengelakkan perkara-perkara lain. Tetapi kita perlu melihat kepada 'core' perkahwinan itu sendiri dan mengapa ia dilaksanakan.


Jika kita berkahwin atas nafsu seks, agak-agak berapa lama sahaja nafsu itu akan bertahan? Adakah ingin dijadikan habis madu sepah dibuang? Jadi bagaimana pula jika kita berkahwin atas dasar beribadah? Pernahkan ibadah kita pada Allah pernah putus?

Dalam hidup kita walaupun sekadar tidur tetapi jika adalah kerana Allah tidak luputnya pahala dari diri. Tetapi mengapa sekecil-kecil perkara seperti ini tidak mampu dilaksanakan? Lihat niat diri sendiri.

*Mengapa berkahwin
* Apa yang ingin dicapai melalui perkahwinan
*Apa hasil yang diharapkan selepas perkahwinan

*****************************

BUKAN MENGHARAPKAN YANG SEMPURNA TETAPI YANG TERBAIK

Jangan ingat diri sudah selamat walau sudah berkahwin.
*Ada yang beranggapan sesudah berkahwin tidak perlulah ini dan itu.
*Ada yang beranggapan perkahwinan itu satu keberkatan oleh itu jangan risau
*Berkahwin itu separuh dari agama, jadi segala yang dilakukan sentiasa dibawah rahmat Allah

Tiada istilah "sudah dapat cukuplah" . Saya ingatkan semula tiada penggunaan istilah "SUDAH DAPAT CUKUPLAH".

sama seperti beribadat kepada Allah pernah cukup? Kalau dah rasa cukup tu, pergi rumah kawan yang agak tinggi dan terjun. Konfem masuk syurga!


(Surah Fusilat Ayat ‘ 6)
Ertinya: Katakanlah ( Wahai Muhammad ): “Sesungguhnya Aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepada Aku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang satu; maka hendaklah kamu teguh di atas jalan yang betul lurus (yang membawa kepada mencapai keredhaan-Nya)……”


Ramai beranggapan sebelum berkahwin itu penting dimana segala tutur bicara, tingkah laku, percakapan dan juga pergaulan perlu dititik beratkan setiap masa kalau tidak nanti tidak laku.
Ini yang dinamakan hipokrit. Walaupun nama hipokrit itu sendiri sedap didengar tetapi membawa makna yang tidak AYU.





Selepas perkahwinan lah setiap satu pelusuk dalam diri akan diawasi bukan kerana tidak bersyukur dengan apa yang telah dapat tetapi mengharapkan yang terbaik dalam pasangan itu sendiri. BUKAN MENGHARAPKAN YANG SEMPURNA TETAPI YANG TERBAIK.
Kita sendiri telah menunjukkan yang terbaik kepada pasangan kita dan itulah yang mereka harapkan. Jangan merungut jika beliau ingin yang terbaik atau sempurna kerana itu yang anda tunjukkan pada mereka SEBELUM KAHWIN.

Lissa akhir kalam,

Jika anda ingin sesuatu hubungan itu berkekalan, perbaikilah diri sebelum memasuki sesuatu alam yang anda sendiri tidak boleh memastikan perjalanannya. Andai kata itu terbaik jadilah diri anda sebenar jangan 'menipu' orang yang ingin anda jadikan 'member selamanya'. Andai diterima Alhamdulillah tetapi jika tidak....hendak disalahkan siapa? Diri sendiri juga. Hendak mendapatkan sesuatu yang mahal hanya mampu dibeli dengan mahal. Mahal memang susah untuk dibeli tetapi hanya memerlukan kesungguhan dan "hard work" pun sudah mampu tidak perlu menggunakan mahal dengan mahal.

>Ingat semulalah tujuan utama atau niat kita
>Istiqomah dalam sesuatu bukan hanya hangat tahi ayam
>Tiada yang sempurna dalam kehidupan tetapi ada yang terbaik
> Hendak mendapatkan sesuatu yang mahal hanya mampu dengan belian yang mahal

"BUKAN MENGHARAPKAN KESEMPURNAAN TETAPI YANG TERBAIK"


Wallahua'lam


(ayat typikal : tiada kaitan dengan yang hidup atau mati)
(ayat typikal 2 : alang-alang baca tu, senang saja, tolong amin kan utk saya exam pada 24 sept ini :) )

0 00:

Post a Comment