Al Iadah Hiya Az Ziadah

Pages

Wednesday, August 17, 2011

Tahu VS Sedar?

Posted by ABC On 8:29 PM No comments

Kringggggg! Baik kelas, kelas….kelassss!! mari kita start kelas dengan umul kitab Al-Fatihah.

Hari ini kita akan belajar mengenai dua perkataan baru. Apa dia? “Kata cikgu intec Miss

Murid : saya tahu!! Saya tahu!!

Cikgu: Ye Aimat, apa dia? Cikgu tak bagi tahu lagi, lempang kang! Baik kelas, ini yang kita akan belajar hari ini. “Tahu atau pura-pura tidak tahu”.

Murid : ………..

Cikgu : Cikgu tahu kamu blank! HAHAHA. Saja nak tengok muka blur kamu ternyata kamu memang blur…

Murid : …………

Cikgu : maaflah cikgu gurau ja.

Murid : ..........

Cikgu : =.=! Baik , apa yang kita akan belajar hari ini adalah 2 perkataan bahasa Melayu iaitu Tahu dengan Sedar.


***********************************

Tahu dan Sedar

Dua perkara berbeza yang membawa erti berbeza. Mari kita cuba bandingkan 2 perkataan ini dengan beberapa contoh.

1) Bila tengah sakit, emak mengeluarkan ubat tetapi kita enggan mengambil sebab tidak suka ubat. Ini menunjukkan kita TAHU kewujudan ubat tetapi kita tidak MENYEDARKAN diri atas kebaikannya dengan tidak mengambilnya

2) Dalam menaiki kereta, kita tidak pakai tali pinggang kerana rimas. Walaupun kita tahu DAN mungkin sedar akan kepentingannya. Namun kesedaran sebenar masih tiada kerana KESEDARAN MENJERUMUS PERLAKSANAAN. Jika tiada, samalah dengan erti kata tiada PELAKSANAAN MAKA TIADA KESEDARAN.

Apa yang ingin saya rumuskan adalah TAHU itu perkara yang sangat sinonim untuk semua orang kerana semua orang boleh TAHU. Tetapi untuk menyedari itu adalah dengan MELAKSANAKAN namun itu yang antonim bagi segelintir kita.

Sebab itu kita asyik mengulang kesilapan yang sama dan tidak pasal takdir pula yang disalahkan sedangkan ia tidak membuat apa pun. Kesian dia.

Jadi kita muhasabah semula. Berapa banyak antara kita yang tahu akan kesilapan yang dilakukan tetapi berpura-pura tidak menyedarinya?

*Tahu solat berjemaah banyak pahala tetapi sembahyang sendiri

*Tahu couple itu dosa tetapi selagi tidak sentuh berdosa

*Tahu mengumpat itu dosa tapi makan daging manusia juga

*Tahu dia betul tetapi kerana berlainan “pihak”, dia salah!

Hendak ditulisnya, banyak sangatlah. Anda semua yang rajin blog walking ini sudah semesti mampu berfikir kerana orang berpelajaran sahaja mampu menulis “blogwalking” mahupun “Mohon Share”. Bila berpelajaran sudah semesti mempunyai otak dan mampu berfikir. Jadi janganlah buat-buat tidak tahu!


0 00:

Post a Comment