Al Iadah Hiya Az Ziadah

Pages

Thursday, September 22, 2011

Mengapa perlu atau tidak berpurdah...?

Posted by ABC On 8:05 AM 9 comments

Setelah bertungkus lumus menconteng paper instead dari Blog. Sekarang masa untuk 'shift the paradigm'. Jadi jika lama tidak buka blog banyak mengomen ini, maaflah, ada exam!

Ninja!

Purdah!


These were the ingredient chosen to make perfect little girl,
But professor utonium accidently added extra ingredient to the contaction
Chemical X....

(pengenalan powerpuff girl, macam pernah tgk)


Abaikan semuanya. Tiada unsur mengutuk. Gambar hanya sekadar hiasan semata.
Baik , hari ini kita akan membicarakan mengenai isu pemakaian. Pemakaian ini mudah saja dan ramai sudah mengupas. Jadi tidak perlulah kita ulang perkara yang sama.

“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.” Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah maha pengampun lagi maha penyayang.(QS Al-ahzab: 59)

**************************************

Trend atau Train?

Seperti yang kita lihat masa sekarang, pemakaian niqob boleh dianggap sebagai perkara lazim berlaku dalam masyarakat. Alhamdulillah semua ingin menghidupkan semula sunnah yang ditinggalkan. Pelaksanaan perkara baik sudah semestilah tiada masalah dari erti progres dan efeknya dengan izin Allah. Tetapi yang menjadi masalah adalah pabila ia dijadikan trend bukan atas sifat baiknya. Contohnya Aisyah R.A. Beliau memakai purdah kerana rupanya yang cantik dan menarik perhatian. Jadi demi menyelesaikan masalah, beliau pun memakai penutup wajah untuk bagi mengelakkan fitnah.

Disini kita dapat lihat bagaimana dengan memakai niqob boleh menyelesaikan SESETENGAH masalah dalam masyarakat. Tetapi sekarang perkara itu tidak berlaku tetapi apa yang berlaku adalah yang sebaliknya. Mengharapkan gambar dipuji, menarik perhatian, LIKE dan lain. Ada juga yang menjadikan purdah tersebut sebagai benteng pertahanan diri. Maksud saya menggunakan purdah untuk menyorok muka atas sebab tertentu. Ini bukan suatu kelebihan tetapi kelemahan yang sangat akbar. Mengapa?

Pemakaian niqob adalah satu cabaran yang sangat besar! Sesiapa yang memakai niqob dipandang tinggi dan mulia kerana pengorbanannya dalam menegakkan sunnah. Saya ada 3 contoh

1) Disaat matahari terpacak diatas, kepala tidak boleh lari melaikan hanya terperap bawah kain . Tidak heranlah jika melihat mereka mempunyai banyak line dimuka.

2) Mereka juga kena mengambil posisi yang terbaik ketika makan agar muka masih terjaga dari pandangan.

3) Istiqomah! Once a niqobist, she is a niqobist. Pepatah inggeris yang kononnya cool. Andai kata seorang wanita telah mula memakai niqob dan beliau akan terus memakainya untuk tempoh yang sangat lama kerana ia telah dianggap sebahagian dari pakaian mereka. Takkan lah sewenang-wenangnya kita tanggal pakaian depan orang kan..? Sama ertinya.

Perkara yang ditegaskan dalam pemakaian purdah adalah amanahnya yang besar! Ia melambangkan kemuliaan dan kesucian bahkan agama islam itu sendiri. Setiap insan yang memakainya bukan melambangkan peribadi tetapi agama itu sendiri. Contoh...

Andai kata seorang perempuan memakai niqob tetapi perangai buruk. Orang tidak akan kata perempuan tersebut perangai buruk, tetapi yang kenanya....

'Ini ke perangai orang berpurdah?'

Itu yang saya katakan sebelumnya dimana kita kena pastikan dimana niat sebenar kita . Sekiranya niat kita adalah untuk menjaga muka dan hati dari terjebaknya perkara-perkara maksiat kerana Allah. Nescaya akhlaknya juga terjaga kerana atas takutnya kerana Allah. Oleh itu amanah ini perkara yang besar dan tidak boleh dibuat main kerana ia meliputi keseluruhan, baik dan buruk itulah hasil perlakuan kita. Ini ada yang memakai purdah tetapi aktif dalam aktiviti sosial dalam web, macam ada kontra je?


“Hai anak adam, sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaiah indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat. (QS. Al-a`raf: 26)





***************************
Kesempurnaan

Saya bercakap mengenai niqob ni, bukan sebab saya anti-niqob. (Of course not!!), Niqob is my favourite. Jika saya boleh pakai saya dah pakai dah! (kalaula..) Jika orang ramai tertarik dengan perempuan yang memakai seksi, saya lebih tertarik dengan yang memakai tudung labuh dan juga purdah. Bukan sebab saya suka stalk, tetapi sebab sejuk hati saya melihat mereka. Penjagaan yang rapi terhadap harga diri, mengorbankan keselesaan diri demi agama, dan menyediakan yang terbaik hanya buat bakal suami. Kawan saya yang berbangsa arab pun memberitahu hasratnya untuk berkahwin dengan orang melayu kerana Agama+kelembutan melayu nya. Jadi siapa nak tawar diri kahwin arab...?


Saya ada usulkan perbincangan mengenai niqob. Ada yang menyokong tidak kurang juga yang membantah. Antara yang membantah mempunyai hujah seperti

'Lebih eloklah kita utamakan perkara yang wajib daripada yang sunat kerana yang wajib pun belum tentu dilaksanakan dengan baik.' Contohnya yang tidak memakai tudung.

'imu mengenai agama belum cukup lagi, sudah terfikir mahu pakai purdah. Tunggulah masa yang sesuai dahulu.

Ustaz, saya heranlah. Mengapa perlu ada halangan dalam membuat kebaikan atas kebaikan. Akhowat sudah memakai tudung dan memakai kain tambahan dimuka boleh mendapatkan pahala sunat. Bukankah itu lebih baik? Jika ustaz membandingkan dengan perempuan yang tidak memakai tudung sudah semestilah mereka sangat jauh dengan memakai purdah. Tak kan lah pakai niqob tetapi tudung tiada? Ini kita bicarakan mengenai akhowat yang sudah pakai tudung tetapi ingin menaiki stage lebih tinggi. Jika dalam banyak-banyak perkara sunat yang dilaksanakan dan memakai niqob adalah antara yang mudah. Mengapa tidak digalakkan?

Bercakap mengenai kenaikan stage, merujuk dari pemakai tudung yang menambah niqob diwajah. Tiada syarat yang menyatakan ilmu perlu banyak baru boleh laksanakan sunnah. Memakai niqob bukanlah sunnah yang dituntut tambahan ia adalah sunnah yang masih khilaf dikalangan ulamak.

Sememangnya isu purdah ini masih dibahaskan dan menjadi persoalan khilafiyah. Tiada dalil kuat yang menyuruh wanita untuk berpurdah demi menjaga wajahnya kerana jumhur ulamak menyatakan bahagian yang bukan aurat wanita adalah muka dan telapak tangan. Namun Contoh yang boleh diamati adalah dalam kisah al-fadhaldan juga surah al-ahzab 52 dimana para muslimat zaman rasulullah tidak menutup wajah mereka.
Namun pemakaian niqob boleh menjadi keluar dari sunnah ataupun Bid'ah sekiranya niqob dijadikan simbol perpecahan atau syiar bagi peringkat agama dan dalam beragama.


Ibnu Hajar Al-Haithami mengambil pendapat Al-Qadhi 'Iyadh, wanita tidak wajib menutup wajahnya, secara ijmak(kesepakatan ulama'). Beliau berkata:"pengarang (Imam Nawawi) mengambil dari Al-Qadhi 'Iyadh adanya kesepakatan bahawa tidak wajib bagi wanita menutup wajah di jalannya. Akan tetapi, itu adalah sunnah. Atas lelaki pula untuk menjaga pandangan dari mereka (wanita). Demikian yang diperintahkan oleh ayat Al-Quran."


Antara orang yang disarankan memakai niqob adalah mereka yang

1) merasakan wajahnya menggugat nafsu dan menyebabkan ramai lelaki sms, telefon atau merasakan dirinya menjadi perhatian orang. (hati-hatilah yang ramai friend, kemungkinan anda distalk setiap hari oleh orang sama)

2) Isteri yang mempunyai suami "niqob-lover". Maksudnya sekiranya niqob menenangkan hati suami, bukankah lagi cantik jika isterinya sendiri yang pakai?

3) Sila buka Quran Al-Ahzab : 71. ( baca link ini utk dikaitan)


Dah banyak sangat mengomen. So hendak berhenti disini sajalah. Sudah pukul 12.30 dan itu menandakan masa untuk tidur sebelah syamim (Im male, so housemate). Secara konklusinya cadangan boleh jadi banyak, tetapi pelaksaan tetap satu iaitu dari diri anda sendiri. Banyak pendapat dan khilaf tetapi pilihlah yang terbaik. Tiada paksaan dan jangan anggap terpaksa jika ada orang suka purdah kerana purdah merupakan amanah dan tanda-tanda diri kita bersedia untuk menerima amanah lebih besar dan kesanggupan kita untuk mengorbankan segala demi jalan Allah. Jika sudah tiba masanya, hanya diri anda sendiri yang tahu, bukan mengikut orang lain. Jangan memakainya kerana terpaksa tetapi kerana inginkannya
:)


Manusia mempunyai satu nikmat dimana makhluk lain tiada. Iaitu nikmat membuat pilihan. :)

9 00:

This comment has been removed by the author.

macam mane pulak.... jika seseorang berniqab/ berpurdah diluar tetapi di sekolah/di institusi dia tidak memakai niqab/ purdah macam mana pulak tu?????

adakah org yg pakai purdah nie mahukan perhatian daripada masyarakat???

jawab cekpi, jawab.! hahaha, cekpi dan purdahnya hingga ke hari ini. :D

assalamualaikum nak tanya sikit ni. saya dari kecil lagi nak pakai niqab tapi disebabkan saya sekolah jadi sya tak boleh pakai.sekarang saya da meningkat umur 16 tahun. saya nekad nak pakai purdah. lelaki sering melihat tubuh badan saya walaupun saya memakai baju longgar. terapi saya masih bersekolah. boleh kah saya tidak memakai niqab disekolah tetapi dirumah atau dimana-mana sahaja saya pakai niqab? hanya disekolah je tidak. beri pencerahan sedikit. family saya da bagi . cuma tu la saya fikir kan pasal sekolah sahajad

Bagi sya lah...InshaaAllah..d boleh kan jika ibubapa dah izinkan..wallahualam

Saya pun macam tu dekat sekolah,kalau niat awak baik awak pakai je.

Sya ad niat untuk berpurdah tapi takot untuk meluahkam pada keluarga. Tiap kali hati akan memberontak untuk berpurdah, apa yg patot sye lakukan

Post a Comment