Al Iadah Hiya Az Ziadah

Pages

Friday, April 22, 2011

Tangan yang berkata

Posted by ABC On 12:25 AM 1 comment



Banyak cakap, lagi banyak dosa dilakukan. Banyak cakap juga, banyak pahala boleh dilakukan. Hanya teknik berbeza. Mana yang kita pilih?

Hendak bercakap? Senang. Bercakap dengan kehendak? Susah. Semua orang boleh berbicara, berborak, bincang-bincang, mesyuarat, dan lain-lain. Tetapi hendak bercakap perkara berfaedah, itulah yang paling mencabar.

Betul kata banyak bercakap banyak dosa tetapi bergantung apa yang diperkata. Bercakap juga banyak faedahnya, namun tertakluk pada isinya.

Berbual sangat seronok, hu ha hi hi sana sini. Tetapi habis sahaja perbualan , sampai sana sahaja. Jika bercerita teladan atau tazkirah, kekal sampai bila-bila. Tidak berakhir disitu sahaja. Bahkan selepas mati pun ia masih mengalir dihati-hati yang menghargai.


aku nak je, tapi xlayak lagi la. Tunggu la bila aku dan sedia dah mantapkan diri aku


Satu persoalan sahaja ku lontarkan. Bila? …….. -Diam-.

Mari lihat suatu situasi..

Sebab apa tangan ada dua dan lebih banyak guna dari mulut? Kerana banyak kegunaan boleh diperoleh dengan tangan berbanding mulut. Sekiranya hendak menunjukkan sesuatu tetap memerlukan pergerakan dari tangan bukan mulut sahaja. Dalam “operation theatre” jika kita guna mulut untuk membedah, tidakkah kita kena penyepak dengan pesakit itu sendiri? Jadilah TANGAN YANG BERKATA

Tidak dinafikan kata-kata juga memain peranan besar dalam membentuk sahsiah dan akidah. Tetapi jadilah TANGAN YANG BERKATA dimana kata-kata dan perbuatan bergerak seiringan.

Hendak menunggu diri sempurna? Bila? Sempat? Jika baya sekarang Sultan Al Fatih sudah mengetuai suatu angkatan tentera besar. Kita?


zaman berbezalah bang, tengoklah kita dizaman apa sekarang, Moden! Modeeeennn!!!


Fanatik habis. Jika zaman moden sekalipun, Mengapa tidak kita sehebat Sultan Al Fatih di zaman Moden ini juga?

Aku ingin berubah, engkau ingin berubah, kita semua ingin berubah. Bagus! Tetapi semangat awal-awal, lama sikit pudarlah . Sama seperti belajar, apabila gagal semangatlah untuk dapatkan Mumtaz tetapi awal sahajalah . Lama kelamaan berbalik pada yang lama. Bukan hendak melemahkan semangat, cuma hendak mengingatkan diri supaya tidak lalai lagi.

Bukan hendak berlagak pandai atau apa. Diri pun tidak kurang lemahnya tetapi tanamlah mulai sekarang. Memberi dari menerima. Usah tunggu diri sempurna dahulu. Memberi disamping itu membaiki. Tazkirah, harta, idea, semuanya boleh selagi menabur bakti. Jadilah seperti TANGAN YANG BERKATA. sambil berkata sambil bertukang. Jangan hanya menjadi MULUT YANG BERKATA

Sebelum mula kelas, ihklaskan niat, mulakan dengan Bismillah, sucikan dengan Tazkirah. Biar TANGAN YANG BERKATA

Indahnya jika hati sentiasa menerima peringatan agar tidak lalai, tidak terjatuh setitik pun kehitaman di hati

Tiada peluang, wujudkan sendiri. Pergi hadapan dan bercakap. Tiada bakat, tidak perlu bakat Cuma perlu bercakap. Tidak berani, wujudkan.! Takut ditertawa, bukan masalah kita, itu masalah mereka.

Jangan takut jika ditertawa kerana merasa diri tidak layak, dicerca kerana tidak sesuai, ditinggalkan kerana cubaan menegur. Kerana Agama itu sendiri "Ghuraba", dan sememangnya yang menegakkannya pun sama. Tetapi ingatlah kawan,

Jalan ini jalan JAUH. Matlamat akhir itu HAKIKI. Mencapainya memerlukan KESABARAN dan KETEKUNAN, ujian ialah KAYU UKUR iman. Tinggi rendah iman diukur daripada NATIJAH di akhir ujian. Tetaplah TSABAT.Janji-Nya PASTI.

Didepan, kitalah yang mencorakkan diri kita dan mereka. Jika bercakap untuk popular, popularlah kita dapat. Jika untuk menyelamatkan mereka. SELAMATLAH! InsyaAllah.

Biar TANGAN YANG BERKATA BUKAN MULUT YANG MENGATA