Al Iadah Hiya Az Ziadah

Pages

Wednesday, August 31, 2011

Salam Aidilfitri

Posted by ABC On 1:40 AM 3 comments

Assalamualaikum wbt



Selamat Hari raya + Salam aidilfitri = Selamat Aidilfitri

Selamat bertemu keluarga semua. Just a short note.

Kami semua dari pihak perantau

dengan hati yang tulus ikhlas bersama anda semua ingin

mengucapkan

"selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan Batin"

:)

Makan tu makan jugalah, duit raya tu raya jugalah

Tetapi jangan lupa untuk bawa sedikit bagi kawan-kawan di Mesir lah :p

Selamat bergembira bersama Keluarga yang tersayang

Jangan lupa Minta maaf dengan Ibubapa ya!

Wassalam


Thursday, August 25, 2011

Jangan Tamak!

Posted by ABC On 2:16 AM No comments


Contoh sahaja


Kita ada 2 pencuci muka berjenama garnier. Yang berbezanya adalah satu pencuci muka dan lagi satu pencuci muka + hilangkan jerawat .

Bagi item pertama iaitu pencuci muka tersebut direka khas bagi menghilangkan segala kekotoran, habuk dan lain-lain pada muka. Hanya dengan menyapu dan membilas. Settle!

Bagi item ke 2 pula, ia berfungsi mencuci muka dan mempunyai toxin untuk bunuh kuman jerawat .

Jika kita sebagai doktor, sudah semestinya kita akan menyarakan ubat yang spesifik bagi suatu penyakit yang spesifik. Sama seperti apabila ada kawan kita dahaga, kita akan berikan beliau air bukan makanan kan. Itulah konsep yang diamalkan.

Tetapi secara lahiriahnya memang kita hendakkan yang terbaik untuk diri kita. Terutamanya dalam bab menghias diri. Hendak menjaga imej la katakan.

Al kisah seorang insan bernama Ahmad. Beliau mempunyai masalah kulit berminyak. Beliau pun telah membeli Pencuci muka garnier dan ternyata beliau sungguh gembira apabila dinyatakan "buy 1 free another 1". Apa lagi ditaramlah banyak-banyak garnier bawak balik rumah. Sampai sahaja dirumah lalu digunakan pencuci muka yang baru dibeli sebentar tadi. Seperti saya katakan tadi, beliau mempunyai masalah kulit berminyak jadi sepatutnya beliau menggunakan item no 1 tadi lah. Tetapi beranggapan kuantiti itu lagi penting dari kualiti, Ahmad pun menggunakan Garnier no 2 berbanding dengan item no 1.

"Alah, alang-alang dia hilangkan jerawat, pakai sajalah. Manalah tahu ada boleh sediakan payung sebelum kuman jangkit ka"

Dipendekkan cerita, selepas sebulan menggunakan kaedah sama muka beliau menimbulkan jerawat yang sangat banyak dan bertimbu umpama gunung berapi yang ingin meletus dan disusun rapat-rapat



Selepas mendapatkan penjelasan dari doktor. Bertambahlah sedikit ilmu beliau mengenai tindak balas kulit terhadap kimia. Doktor menerangkan bahawa kimia yang ada dalam item 1 dan 2 berbeza dari jenis kimianya. Ini kerana item no 2 mempunyai kimia tambahan berbanding item 1. Jadi disebabkan muka ahmad tidak mempunyai antigen yang sepatutnya bertindak balas dengan kimia dalam item no 2. Kulitnya menghasilkan respon 'hypersensitivity' dengan menimbulkan jerawat.

Teringat satu ayat:

وَتُحِبُّوْنَ الْمَالَ حُبًّا جَمًّا

Dan kamu mencintai harta benda dengan kecintaan yang berlebihan (al Fajr ayat 20)

Berpada-padalah kita terhadap sesuatu. Jangan terlalu inginkan yang sempurna dan jangan lah terlalu mengharapkan yang jahanam. Jadilah orang yang besederhana. Andai kata kita mempunyai simpanan yang amat kita sayang, bersedialah untuk berkongsi benda itu kerana lagi tinggi nilai tersebut lagi patutlah kita kongsi, bukannya kita memberi sisa makanan kita pada yang hampir mati kebuluran.

Contoh terdekat dan crucial adalah wang. Iya memang kita selalu bersedekah. Apatah lagi dalam bulan ramadhan ini dimana pahala dilipat ganda dan pintu syurga dibuka seluas-luasnya. Tetapi lepas ramadhan nanti tiada lipat ganda jadi kurang sikitlah sedekah lah kot. Ramadhan atau tidak tetapi apa yang kita buat selepas sesuatu perkara, itulah ujian untuk kita sama ada kita istiqomah atau tidak.

Tiada gunanya simpan wang banyak-banyak , bukannya kita boleh guna duit untuk bayar masuk syurga! Kadang-kadang berasa diri sudah banyak bersedekah tetapi itu juga ujian selepas kebajikan. Dimana kita baru diuji sebenarnya. Ini dinamakan ujian selepas pujian.

Alang-alang ingin promote kempen Somalia

Somalia merupakan negara yang mempunyai ramai populasi islam dan juga populasi kematian! Jadi ramai NGO telah mengadakan kutipan sumbangan dan fatwa kali ini menyatakan zakat fitrah kali ini digunakan bagi membantu umat islam di Somalia yang kebuluran. Jadi gunakanlah kesempatan ini untuk memberi sebagai apa yang kita dapat kepada mereka. Apatah lagi pada pelajar yang berbiasiswa dan ada duit lebih.

إنَّما الدنيا لأربعة نفر: عبد رزقه الله مالاً وعلماً فهو يتقي فيه ربه ويصل فيه رحمه، ويعلم لله فيه حقاً فهذا بأفضل المنازل

“Dunia itu untuk 4 jenis hamba: Yang pertama, hamba yang diberikan rizqi oleh Allah serta kepahaman terhadap ilmu agama. Ia bertaqwa kepada Allah dalam menggunakan hartanya dan ia gunakan untuk menyambung silaturahim. Dan ia menyadari terdapat hak Allah pada hartanya. Maka inilah kedudukan hamba yang paling baik.” (HR. Tirmidzi, no.2325, ia berkata: “Hasan shahih”)

(segala penggunaan medical term bolehlah google sendiri kalau mahu faham, dan segala progres dan fungsi dalam ini cumalah rekaan semata-mata)

Tuesday, August 23, 2011

Selami Mesir 2 (with pictures)

Posted by ABC On 8:38 PM 5 comments



Bismillah

*Sesungguhnya Allah dekat dengan orang-orang yang baik*



Just to share few wonderful moments in egypt
What we can have here but not in malaysia
Not that im saying Malaysia is not good or equivalent
Just that egypt have some more qualities than Malaysia
Malaysia also have its own qualities compared to Egypt

Alright straight to the main point

Last 2 day i decided to iktikaf in Gami' Sidi Bish which is situated at Sidi Bish of course
Ive been trying to search or do something that ive never done before
something that will make my life different and not typical
Alhamdulillah i finally found something usefull that i can do in Ramadhan

Straight to the point,
I will use some pictures to describe the situation

For all this month, ive always wanted to iftar with egyptian and Alhamdulillah before ramadhan ends
I manage to Iftar with them during my period of iktikaf in gami' Sidi bish

first view in the mosque


whoaaa!!!






Although we've just met but they treated us like some VIP's
Maybe its because we are foreigner but first and foremost it is because we are brothers
BROTHERS IN ISLAM
Thats what connect us through the world
It doesnt matter what colour your skin are, what language you used, where you came from



eating with the egyptian


As long as you dont condemn and be nice to others
everybody will respect and try to get close with you
And this is what Islam teach us



The next program was Tazkirah
Usually at this kind of period i will be laying down on my bed
waiting my stomach to digest the food
But this time im using my time wisely!



the sheikh who i dont know his name XD



I sit there, kept silent and hear the sheikh giving his speeches
Although he talk in Full Arabic Fushah and im not really good at it (for now)
But that doesnt mean that i need to sleep because i dont understand
No! I kept awake because i believe that with all the commitment
One day, i will be like my other egyptian friend around
Talking, Discussing and teasing using the Lughatan Jannah (languange of paradise)
As long as i try to learn the language, make Doa for the path to be clearer and Tawakalallah because He's the almighty and Only He who gives Ilm' to the one He wants.
The topic was about UKHWAh and the main 3 keypoint that i manage to catch is
Ukhwah consist 3 main bases which is Taaruf, Taffahum, and Takaful
I wont elaborate more because its too many! :D




When the azan was recite, we all stopped and procede to our isya' prayers.



between the gap of tarawih, there are these children who moves around and serve cold water to whoever thirst. Nice. (holding the cup is ustaz hisyam)



After isya' we're having Tarawih.
After tarawih , there are gaps before we continue with our Qiamullail
Within that period of hour, there are alot of egyptian who come to us and introduce themself and we also introduce ours

Ismi Mohd Qarafi, Qarafi, Qarafi
I dont know why each time i pronounce my name i need to repeat it more than once
and i need to pronounce the Qo very deeply so that they will understand it is Qo not kaf haha



But whats surprise me is, they are not shy to Taaruf with us although we are total stranger to them
I think they are among the people that are among the lucky ones because they've practised what ISlam told us and what we've learn before which is
Taaruf, Tafahum and Takaful
and i think it maybe induce by their own gifted personality which bravery
Thats why there are no problem for them to quarrel in the middle of the highway! hehe


I dont know why, but i think we're just like celebrities because they kept on coming not to take autograph, but to make friends and it really a beautiful moment in life
Its difficult to find things like this and we should be grateful for everything that we had and realize that in Islam, many things we havent discover yet especially its sweetness.

as we taaruf each other,
near to the mimbar, the Imam stands after the tarawih
take the microphone and say something
suddenly the crowd become noisy because everybody was busy compete with each other
Then i realize they were helding Quizzes!
of course its about islam and the winner gets his prize




the MC was my friend too :)

I found out this kind of activity quite interesting and it makes the Masjid lively
Although masjid is known for place for prayers, reading Quran, doing zikr and all that matters
But Masjid also is a place where normal Human activity can be held
If you have meetings, activities, or anything that proper can be held there
If before this we recognise mosque as a dull and slumpy area,
Change that consept and get move on!
If the mosque becomes dull, slumpy, or what so ever
it is because we who doesnt want to change and we who represent the mosque it self
So lets move on and make the mosque live people!
And the Quizzes might be helpful thou.




this is what we eat in isya'
( ish baladi bil gibnah, jem wa ful)
(roti baladi, chess, jem, dengan bean)

i havent sleep since isya'
so its time for me to move on
to the world of ..........
will be continue....

(specially for my family because im not going home this aildilfitri. hehe)

Thursday, August 18, 2011

Tidak faham, Tiada Gunanya

Posted by ABC On 7:48 AM 2 comments

Doa duduk antara Sujud yang kita selalu baca laju2..
tahukah maksudnya??

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
Wa’fuannii (Maafkan aku)


Jadi agak-agak lepas ini kita akan baca betul-betul atau mengejar kita sendiri pun tidak tahu apa.


Jika kita tidak cuba memahami, bagaimana pula kita akan difahami?
Engkau hendak Tuhan faham engkau tetapi Engkau tidak memahami Tuhan itu sendiri
Adil kah?

*Forever Alone*

Wednesday, August 17, 2011

Tahu VS Sedar?

Posted by ABC On 8:29 PM No comments

Kringggggg! Baik kelas, kelas….kelassss!! mari kita start kelas dengan umul kitab Al-Fatihah.

Hari ini kita akan belajar mengenai dua perkataan baru. Apa dia? “Kata cikgu intec Miss

Murid : saya tahu!! Saya tahu!!

Cikgu: Ye Aimat, apa dia? Cikgu tak bagi tahu lagi, lempang kang! Baik kelas, ini yang kita akan belajar hari ini. “Tahu atau pura-pura tidak tahu”.

Murid : ………..

Cikgu : Cikgu tahu kamu blank! HAHAHA. Saja nak tengok muka blur kamu ternyata kamu memang blur…

Murid : …………

Cikgu : maaflah cikgu gurau ja.

Murid : ..........

Cikgu : =.=! Baik , apa yang kita akan belajar hari ini adalah 2 perkataan bahasa Melayu iaitu Tahu dengan Sedar.


***********************************

Tahu dan Sedar

Dua perkara berbeza yang membawa erti berbeza. Mari kita cuba bandingkan 2 perkataan ini dengan beberapa contoh.

1) Bila tengah sakit, emak mengeluarkan ubat tetapi kita enggan mengambil sebab tidak suka ubat. Ini menunjukkan kita TAHU kewujudan ubat tetapi kita tidak MENYEDARKAN diri atas kebaikannya dengan tidak mengambilnya

2) Dalam menaiki kereta, kita tidak pakai tali pinggang kerana rimas. Walaupun kita tahu DAN mungkin sedar akan kepentingannya. Namun kesedaran sebenar masih tiada kerana KESEDARAN MENJERUMUS PERLAKSANAAN. Jika tiada, samalah dengan erti kata tiada PELAKSANAAN MAKA TIADA KESEDARAN.

Apa yang ingin saya rumuskan adalah TAHU itu perkara yang sangat sinonim untuk semua orang kerana semua orang boleh TAHU. Tetapi untuk menyedari itu adalah dengan MELAKSANAKAN namun itu yang antonim bagi segelintir kita.

Sebab itu kita asyik mengulang kesilapan yang sama dan tidak pasal takdir pula yang disalahkan sedangkan ia tidak membuat apa pun. Kesian dia.

Jadi kita muhasabah semula. Berapa banyak antara kita yang tahu akan kesilapan yang dilakukan tetapi berpura-pura tidak menyedarinya?

*Tahu solat berjemaah banyak pahala tetapi sembahyang sendiri

*Tahu couple itu dosa tetapi selagi tidak sentuh berdosa

*Tahu mengumpat itu dosa tapi makan daging manusia juga

*Tahu dia betul tetapi kerana berlainan “pihak”, dia salah!

Hendak ditulisnya, banyak sangatlah. Anda semua yang rajin blog walking ini sudah semesti mampu berfikir kerana orang berpelajaran sahaja mampu menulis “blogwalking” mahupun “Mohon Share”. Bila berpelajaran sudah semesti mempunyai otak dan mampu berfikir. Jadi janganlah buat-buat tidak tahu!


Sunday, August 14, 2011

Tokoh Bernilai

Posted by ABC On 8:28 PM No comments

Tidak ku sangka menulis blog itu sukar!

Assalamualaikum wbt buat semua! Maaflah penulisan tetap macam itu jugalah tiada perubahan.

Kosong~sunyi~dull

Biasalah orang busy (yela tu)






Hendak kata sibuk, ada jugalah sikit. Selepas itu? Sememangnya aku malas! Sebab itulah dekat “edit post” bertimbun Draft bukan posted!



Siapakah beliau? kenal atau tidak? Jika tidak cepatlah kenal.

Klue 1) Beliau telah meninggal pada 8 ogos 2005

klue 2) Pendebat

klue 3) Islam

Tidak tahu lagi? Meh sini aku perkenalkan.

Ahmed Hussein Deedat (Urdu: احمد حسين ديدات; July 1, 1918 – August 8, 2005) was a Muslimapologist, writer and public speaker of Indian South African descent.[1] He was best known for his numerous inter-religious public debates with evangelical Christians, as well as pioneering video lectures, most of which centered around Islam, Christianity and the Bible. He also established the IPCI, an international Islamic missionary organization, and wrote several booklets on Islam and Christianity which were widely distributed by the organization. He was awarded the prestigiousKing Faisal International Prize in 1986 for his 50 years of missionary work. One focus of his work was providing Muslims with theological tools for defending themselves against active proselytizingby Christian missionaries. He used English to get his message across to Muslims and non-Muslims in the western world.[2]

(nampak sangat copy dari wiki)

Baik. Bagi yang malas membaca atau tidak tahu english, aku tolong tafsirkan. Beliau merupakan penceramah bebas yang beragama islam. Beliau terkenal dengan perdebatan antara Agama antara Cristian dan Islam. Beliau juga menghafal bible, Iya BIBLE apatah lagi Quran itu sendiri. Itu saja intro aku yang lain cari lah sendiri

Kenapa dia? Sebabnya hendak berdebat bukanlah perkara yang mudah dimana ia memerlukan skill, pemikiran dan kelantangan. Cara berfikir, penafsiran, pengolahan dan juga pemusingan amatlah penting dalam sesebuah perdebatan. Sudahlah sukar berdebat ini pula berkenaan agama. Silap mengeluarkan ayat, salah, padahnya memang besar.

Jadi bukan calang-calang orang boleh dan berani mengambil risiko untuk pertahan dan membuktikan agamanya sendiri kerana takut! Tetapi itu tidak boleh dijadikan alasan kerana Ahmad Deedat telah membuktikannya. Beliau telah meninggal dunia dan dibawa rohnya namun ilmunya disemadi dan kitalah yang akan mewarisinya. Moga beliau dicucuri rahmat.

*teaser untuk galakan menonton video seterusnya*


Sebenarnya blank dan tidak tahu untuk isi apa.

Tengok orang lain ada sahaja topik untuk dipost tetapi aku...? Tidak mengapalah mungkin menulis tidak sesuai dengan aku. Bagaimana dengan membuat video pula? Ada cadangan tu, bagilah!

(Kadang-kadang aku rasa macam shok sendiri saja! =,= :D)



Wednesday, August 3, 2011

Kepentingan Adab Dalam Menuntut Ilmu

Posted by ABC On 1:31 AM No comments

Pada permulaan kitab ini, Assyaikh Burhanul Islam Azzarnuji telah menulis:

“Maka apabila aku melihat ramai penuntut ilmu pada zaman kita ini bersungguh-sungguh kepada ilmu, dan mereka tidak sampai pula (tidak mendapat manfaat dan hasilnya iaitu beramal dan menyebarkannya), terhalang kerana bahawasanya mereka telah salah jalannya dan meninggalkan syarat-syaratnya. Dan setiap yang tersalah jalan akan sesat, dan tidak mendapati tujuan, sedikit mahupun banyak. Maka aku ingin dan suka menerangkan kepada mereka jalan menuntut ilmu….”

Seterusnya Assyaikh Azzarnuji pun menyebutkan adab-adab atau jalan-jalan menuntut ilmu daripada niat menuntut ilmu itu sendiri hinggalah kepada memilih guru dan rakan-rakan, pentingnya mengagungkan ilmu dan ulamak, warak dan pelbagai lagi jalan yang sebenar dalam menuntu ilmu.

Saya sebutkan perkara di atas apabila mendapati pada zaman kita hari ini, terlalu banyak (dan tentu lebih banyak lagi dari zaman Imam Zarnuji hampir 10 abad yang lalu) di kalangan kita yang mencari ilmu dengan bersungguh-sungguh, akan tetapi tidak mendapat faedah daripada ilmunya, baik untuk dirinya sendiri mahupun untuk masyarakat. Malah hari ini ramai yang bukan dari aliran agama pun ingin belajar ilmu agama. Sangat baik. Tetapi mengapa tidak didapati barakahnya?

Antara sebabnya adalah “tersalah jalan” itu sendiri. Adab menuntut ilmu sudah terlalu jauh untuk diamalkan. Ingatlah menuntut ilmu agama ini bukanlah dengan mengumpul dan menghadam maklumat di otak kita sahaja. Saya selalu sebutkan, jika demikianlah, maka harddisk saya jauh lebih alim dari kita semua. Di dalamnya mengandungi hampir 100 Gigabyte maklumat dari jutaan helaian kitab. Kita, berapa helai sangat dapat menghafal?

Salah jalan ini biasanya berlaku pada perkara-perkara yang telah disebutkan oleh Syaikh Azzarnuji itu sendiri. Saya sebutkan tiga daripadanya:

1) Niat

- Berapa ramai di kalangan kita belajar kerana mudah bekerja dan mengumpul harta dunia nanti dengan sekeping pengiktirafan ijazah?
- Berapa ramai pula yang belajar untuk menunjukkan diri lebih alim daripada orang lain?
- Berapa ramai pula yang belajar untuk menjadikan dirinya dipuji dan dihormati?
- Berapa ramai pula di kalangan kita yang belajar untuk mencari-cari kesalahan ulamak terdahulu?
- Berapa ramai yang belajar untuk mencari bukti bahawa pendapat aku sahaja yang betul sedangkan amalan ummat Islam di Malaysia sebenarnya salah belaka?
- Berapa ramai pula menutut ilmu tanpa diniatkan langsung untuk balik ke tempat masing-masing bagi berjuang menegakkan Islam?

2) Memilih guru

- Berapa ramai di kalangan kita yang tidak berhati-hati memilih guru lantas belajar dengan orang yang tidak betul pemikirannya?
- Berapa ramai di kalangan kita yang belajar dengan guru yang tidak menjaga adab sebagai guru (mengutuk sana sini, mencerca alim ulamak, tidak berakhlak dalam kata-kata mahupun perbuatan dsb.)?
- Berapa ramai di kalangan kita belajar sesuatu ilmu bukan dari ahlinya (belajar Feqh dari jurutera, belajar hadis dari ahli bahasa dsb.)?
-Lebih teruk lagi, berapa ramai pula yang belajar tanpa guru? Membaca sana dan sini, lalu mengambil fahaman sendiri daripada penulisan ulamak.

3) Mengagungkan ilmu dan ulamak

- Berapa ramai dari kita yang mengetahui cara mengagungkan ilmu yang disebutkan oleh para ulamak terdahulu?
- Berapa ramai di kalangan kita yang tidak menghormati kitab ilmu?
- Berapa ramai di kalangan kita yang meletakkan ilmunya sendiri di tempat yang rendah, lalu dengan mudah boleh dijual beli dengan kepentingan dunia?
- Berapa ramai pula yang tahu adab sebagai seorang murid tetapi tidak tahu atau tidak mempraktikkan ada sebagai guru?
- Berapa ramai yang tidak pula tahu membezakan antara meletakkan ilmu di tempat yang tinggi dengan takabbur atau menghina diri?
- Berapa ramai pula tidak reti-reti beradab dengan para ulamak agung, lalu diletakkan ulamak itu setaraf dengannya dalam pemikiran dan pemahaman dengan alasan mereka jua manusia yang tidak maksum?
- Berapa ramai di kalangan kita yang terpengaruh dengan kalam beberapa kerat ustaz mee celup hari ini yang dengan lantang mengkritik ulamak silam, lalu merasa sangsi dengan para ulamak itu?
- Berapa ramai di kalangan kita yang bermulut celupar mengutuk deretan ulamak yang sudah lama mengorbankan diri untuk perjuangan Islam?
- Berapa ramai pula yang bermulut celupar terhadap para ulamak terdahulu dan dengan sesedap hati mengatakan ulamak terdahulu sesat, melakukan bid’ah, berfalsampah dalam bab Aqidah, dan pelbagai lagi kata nista?

Apabila kita nilai semula semua persoalan di atas, tentu sekali kita akan menjawab, “teralalu banyak.” Maka tidak hairanlah apabila kita dapati terlalu banyak orang yang ingin mendalami ilmu agama, akan tetapi jauh tersasar dari kebenaran, barakah tiada, manfaat juga sirna, lalu tidak dapat menegakkan yang haq.

Jelaslah pada kita betapa pentingnya adab dalam menuntut dan menyebarkan ilmu. Tiada adab, nescaya tersalah jalanlah kita. Salah jalan bermakna sesat. Kalau orang yang belajar agama pun boleh sesat, bagaimana pula dengan yang tidak mahukan agama kan…


Sumber :