Al Iadah Hiya Az Ziadah

Pages

Wednesday, March 30, 2011

Kalau tidak ikhlas, JANGAN buat!

Posted by ABC On 8:08 AM 7 comments



Tajdid, tajdid dan tajdid.

"Sebelum kita mulakan majlis, eloklah kita tajdid balik niat kita".Kata pengerusi

"Marilah sama-sama kita tajdid niat kita semula, kenapa kita menghadirkan diri kita kemajlis ini". Kata panel


Orang duk sebut betulkan niat, perbaharui niat, tetapkan niat supaya niat awal tidak lari dari tujuan asal. Tapi niat tidak ubah-ubah juga. Apesal payah sangat nih.


Panjat pokok durian senang, buka buah durian susah. Selagi tidak dibuka, selagi itulah tidak dapat merasai kelazatannya.
Hendak berkata itu senang, hendak dilakukan itu susah.


Niat awal ingin membuat ini dan itu, tapi kecundang ditengah jalan. Niat asal menjadi sesat. Nikmatkah buah yang dimakan?



TIDAK SEMUA YANG KITA BUAT TIDAK ADA YANG SALAH, TIDAK SEMUA YANG KITA BUAT TIDAK ADA YANG BETUL


Menyesal selepas membuat suatu tindakan itu biasa, Belajar dari tindakan itu luar biasa. Akan ada masa bila kita membuat keputusan dan kita akan menyesali perbuatan tersebut. Sama keputusan sementara atau pun seumur hidup. Tetapi tindakan apa susulannya? mengeluh? marah? menyesal? sedih?


Diam. Fikir dan Redha. Tidak semua yang kita lakukan baik disisi kita tapi buruk pada sisi Allah. Tidak semua yang kita lakukan buruk disisi kita tetapi baik disisi Allah.
(2:216)

DIAM supaya kita tidak ganggu konsentrasi orang lain, FIKIR untuk memastikan otak yang sudah berkarat masih berfungsi dan REDHA bagi menyenangkan hati yang resah.

Cuba tetapkan dalam hati, semua yang berlaku adalah telah disuratkan dalam check list kehidupan kita. Sememangnya selepas ini, kita akan terbuat atau tersilap buat tindakan. Namun kesilapan atau kebetulan semuanya memang telah dirancang untuk diri dan kenapa perlu mengeluh? Kalau mengeluh dan bersedih perkara tersebut memang akan tetap terjadi walaupun kita membuat tindakan yang silap. Jadi kenapa kita perlu bersedih sedangkan perkara memang akan terjadi? Sepatutnya kita jadikan ia sebagai penguat untuk mentarbiah diri menjadi lebih baik dan menambah pengalaman kita.


Mungkin Allah menyediakan sesuatu yang besar untuk dia pada masa akan datang - mama


Kalau semua ini ditakdirkan untuk menjadikan kita insan yang lebih baik, matang, arif dan saksama. Kenapa perlu mengeluh atas kebaikan yang bakal kita terima? Bahkan bergembiralah kerana Allah masih mengingati kita dan menyediakan cabaran untuk melatih diri kita.


Jika kita gagal dalam peperiksaan, mungkin untuk menyedarkan kita akan kelalaian dalam akademik kita.

Jika kita gagal dalam membuat keputusan, mungkin pengalaman dan masa diperlukan bagi mempersiapkan kita untuk membuat keputusan kebih baik, bukan sekarang tetapi untuk yang lebih penting.

Jika kita tidak mendapat apa yang kita hendak, mungkin benda tersebut bukan untuk kita dan benda untuk akan hadir, mungkin bukan sekarang tetapi nanti.

Orang kata rezeki semua ada cuma lain

Tabahlah wahai sahabat dalam menduga cabaran, sesungguhnya ujian kita kecil berbanding dengan perjuangan Nabi dan juga sahabat pada zaman dulu kala.

Jika perbezaan zaman sebagai alasan, menampakkan kelemahan yang diri penuh alasan bukan kekuatan.

Jangan mengaku diri telah dicabar selagi

Diri tidak bertawakal lagi seperti Ibrahim AS mulia
Diri tidak setabah Umar melawan ancaman musuh
Diri tidak pemurah Abu Bakar belanja harta demi Allah
Diri tidak seteguh Syed al-Qutb hadapi tali maut
Diri tidak berani Ibn Zubbair menahan panahan
dan..

Diri tidak setabah Irfan

Sunday, March 27, 2011

Posted by ABC On 7:53 AM 4 comments

Hati yang tidak menentu,
tergugat tanpa arah yang satu,
mencari jawapan yang pasti,
penantian tidak membantu,
Hanya usaha membawa kearah yang ingin dituju



Ya Allah ,
Hamba mu memerlukan bantuan mu,
memerlukan hidayahmu
memerlukan kebijaksanaanmu

Ya Allah,
Tunjukilah kami ke jalan yang lurus
Jalan yang engkau redhai
mengikut apa yang ditetapi

Ya Allah,
Engkau maha berkuasa dan maha penyayang
Engkau mengetahui apa yang tidak oleh kami
Engkau tahu apa yang baik disisi dan apa yang tidak
Tunjukilah kami jalan yang terbaik bagi hasil yang baik
Baik disisimu dan juga kami

Ya Allah,
Kami lemah,
Kami tidak berdaya,
kami terbatas bagi semua

Tetapi Engkau tidak
Engkau mampu hidupkan yang mati
Engkau yang menciptakan alam
Engkau mampu menterbalikkan gunung
Engkau juga yang tidak pernah silap

Ya Allah,
Kami lemah,
Kami mempunyai banyak kelemahan
Kami sentiasa membuat kesilapan,

jadi...


Melalui diri hambaMu yang lemah ini
Kami memohon agar
Teguhkan hati kami dengan KekuatanMu
tenangkan hati kami dengan sinar kelembutanMu
Tetapkanlah hati kami mengikut ketentuanMu


Berikanlah kami peluang,
Berikanlah kami masa,
Berikanlah kami kelapangan,

Untuk lebih mengingatiMu
Menginsafi diri.....

Saturday, March 26, 2011

Pergi Nan Sepi

Posted by ABC On 12:18 AM 3 comments



Tadi pabila balik daripada kelas, melalui jalan kuliah Handasah lalu terserempak dengan mak cik tua berjalan menggunakan tongkat berjalan terkedek-kedet menaiki bukit. Sungguh pelan langkah beliau melangkah dimana hanya beberapa inci sahaja berjaya dibuka ketika melangkah demi langkah.

Dalam fikiran terfikir lalu tegurlah kawan di sebelah

"nanti akan tiba masa juga kau akan jadi macam tu, pegang tongkat dan terkedek-kedek macam tu, tunggu masa je ?"

Soalan yang mencerminkan diri juga.


Teringat surah al-asr yang mengingatkan kita tentang masa.


"Demi masa! Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran"


Masa tetap akan berlalu tidak kiralah kita menggunakan awet muda ataupun 'stem cell'. Hendak atau tidak fikrah kehidupan tidak dapat kita manipulasikan mengikut kehendak. Cuma yang tinggalnya cuma amal soleh dan orang yang berlaku kebajikan. Namun Ini jualah yang paling susah hanya disebabkan beberapa patah perkataan yang membataskan. 'takde mase la bro'



Sama juga seperti kematian, ia akan hadir juga dalam kehidupan kita dengan keizinan Allah. Umpama tebing gunung. Cuma menunggu masa sahaja untuk kita berjalan, berjalan dan berjalan tanpa kita sedar, sudah berada ditebing dan apabila sedar dan ingin patah balik, sudah terlambat kerana kaki tidak mampu berhenti , tangan tidak mampu mencengkam dan akhirnya jatuh jua .


Yang paling kesalnya, Ia datang secara mengejut tanpa memberi signal. Seperti kematian ayah sahabat kita, 'Heart Attack'. Walaupun sebelum ini tidak pernah ada kes dan doktor juga tidak mengesan apa-apa. Tanpa sebarang simptom atau isyarat yang mendatang, diperiksa tiada apa. Dicabutnya nyawa beliau selepas solat Jumaat dengan satu kerosakan di jantung seakan-akan memang hendak dimatikan nyawa tersebut pada masa itu jua tanpa sebarang introdusi. Datang dan lalu meninggalkan jasad yang kaku terbujur.

Sungguh kejam penyakit ini!

Datang tanpa diundang, Pergi meninggalkan duka. Tetapi membawa pengajaran yang bermakna. Namun berbekalkan hati yang cekal dan kental, ditabahkan dengan sokongan kawan dan keluarga bahawa ini adalah ketentuan yang sudah ditetapkan untuk ayah beliau dan juga ujian untuk keluarga. Mungkin Allah terlalu menyayangi beliau dan berkehendak untuk berjumpa dengan beliau lebih awal. Moga beliau tergolong antara ahli syurga dan dicucuri rahmat . Kita doakan. Al Fatihah


Dia yang memberi ujian yang besar bukan untuk membebankan tetapi bagi menyediakan kita untuk menempuh cabaran yang lebih besar di masa akan datang.


Itu ujian mati, tetapi bagaimana dengan hati yang mati walaupun masih hidup?


"Kita mengaku kematian pasti datang bagi setiap jiwa, tetapi kita tidak bersedia untuknya"