Al Iadah Hiya Az Ziadah

Pages

Friday, July 8, 2011

halimunan

Posted by ABC On 11:21 PM 3 comments



Halimunan

Halimunan bukan HoneyMoon . Ia berfungsi dengan pembiasan cahaya menyebabkan tiada pantulan cahaya dari objek pada mata menyebabkan mata tidak dapat mengesan objek . Oleh itu Halimunan itu penyelamat dunia dan perkara paling menakjubkan dimana kita boleh menzahirkan perkara baik sahaja dan buruk dapat kita sorokkan. Seteruk manapun orang lain tidak tahu. “bapak best!” kata orang muda.

Kadang-kadang terlalu jauh menjadi rungutan, terlalu dekat pun menjadi masalah. Yang ringan menjadi berat, Yang sihat menjadi sakit. Mungkin kita pernah terfikir “kalaulah perkara itu tidak terjadikan bagus. “Kalau tidak pernah kenal mungkin situasi lagi bagus dari sekarang”. kadang kala juga kita akan merasa jika hubungan kita lebih jauh,lebih baik daripada hubungan sekarang? Siapa yang tidak pernah mengalami keadaan seperti ini? Angkat tangan.

Sebelum kita kenal , kita mendengar budak ini seperti ini ini dan itu. Semua perkara baik belaka sehinggakan diumpamakan seperti malaikat. Kita menghormati dengan apa yang dilakukan, menyokong segala usaha baiknya, dan lain-lain yang berbentuk menampung . Tetapi setelah beliau hampir dengan kehidupan , baru kita sedar beliau bagaimana, mengetahui perkara yang disukai dan tidak, keluarganya , arah tuju kehidupannya dan cara bergaul dengan dia. Itulah manusia yang SUKA MENILAI .

Mandi di air jernih dan mandi di air yang keroh mana kita lebih sukai? Sudah semestinya air yang jernih melainkan kita hendak buat “skin treatment”. Itu jugalah manusia yang suka memilih mengambil yang baik membuang yang buruk. Sedangkan dahulu Nabi banyak meluangkan masa dengan fakir miskin berbanding bangsawan?

Bila kita suka menilai, ini menunjukkan yang kita sudah layak untuk menghakimi orang lain. Apa ciri-ciri seorang hakim? Adil, Jujur, saksama, tidak berat sebelah, neutral, jauh dari konspirasi, tidak makan suapan, bertindak mengikut hati dan akal bukan nafsu, dan menjatuhkan hukuman berlandaskan Quran dan Sunnah. Memang diakui sangat susah jika ingin mencari kesemua nilai-nilai tersebut tetapi itulah ciri-cirinya. Jika tidak mampu janganlah hukum orang lain. Sehinggakan jika kita mengata orang lain kafir hukumnya umpama meludah keatas langit.

Sudah semesti kita hanya inginkan kebaikan dan jauh dari keburukan. Senantiasa menyelit dalam doa agar dijauhkan dari malapetaka, kesusahan. Sedangkan kesusahan itu yang menjadi pendidik kita dan doa moga dikuatkan diri kita untuk mengatasi kesusahan tersebut yang patut disarankan. Mengenal seseorang atas kebaikan bukan atas menyambut saranan merapatkan Ukhwah. Melayu pernah berkata “ Habis madu sepah dibuang, buang berkali-kali pula tu.” Jika ada kebaikan pada diri, kita kutip semula sepah, cantumkan semula dengan madu dan minum semula.


Tetapi siapakah yang ingin kita tipu? siapakah yang ingin kita tipu? siapakah yang ingin kita tipu? Halimunan separa penglihatan cuma merugikan diri, keluarga dan masa. Jika "invisible" hendak lintas jalan pun susah kerana kereta tidak bersalah yang salahnya siapa suruh jadi halimunan. Apa yang perlu kita takutkan? Pandangan manusia? Pujian mereka? Keuntungan? Mereka tiada beza melainkan sama dengan kita. Mereka juga makan, bercakap, tidur, bersukan, bermain, semuanya sama dengan kita. Tidak perlu kita menjadi seperti mereka. Menyedari kelebihan atau kelemahan mereka tidak semestinya sama keatas diri kita. Sistem kehidupan setiap individu berlainan dan selagi tidak bercanggah dengan Agama itulah pemberian paling bernilai dari Allah SWT.

Tidak perlu menyorokkan diri anda sendiri demi orang lain kerana mereka Cuma mampu berkata tetapi tidak mampu mengubah hidup anda. Hakim yang layak menghakimi seseorang adalah Satu sahaja. Penciptaan kita sudah sempurna namun jangan jadikan penilaian seorang manusia menjatuhkan harga kesempurnaan diri manusia.

Biarlah kelemahan kita diketahui sekarang daripada kita menipu diri sendiri dan orang lain kerana mereka yang menerima kelemahan sekarang menerima diri kita seadanya dan kepada yang tidak dapat menerima itu adalah atas kelemahan manusia itu sendiri. Mari kita perbaiki.

Biarlah buruk dimata lemah dimata manusia namun Kukuh pada pandanganNya kerana bukan keredhaan ciptaan yang dicari tetapi Pencipta itu sendiri. Tunjukkan akhlak yang baik yang lemah kita baiki bukan dengan menipu diri. Nescaya Jika lawa di pandanganNya nescaya lawa dimana-mana.

Wallahua’lam

3 00:

Post kita macam lebih kurang je? ;)

nama pn adik bradik, pmikiran sama kot ;)

Post a Comment