Al Iadah Hiya Az Ziadah

Pages

Thursday, February 17, 2011

Songsang

Posted by ABC On 8:39 AM No comments

(Tudung : Melindungi dan memelihara anggota badan dari terdedahnya aurat dan bentuk badan. Antaranya agar tidak menarik perhatian kaum berlainan dan menjauhi larangan dan hasrat jahat.)

(Akhir Zaman: Zaman songsang dimana rakyat melakukan perkara yang songsang dengan apa yang sepatutnya)

(Tudung akhir Zaman: Tudung dipakai namun fungsinya tersongsang menjadikan ia penarik perhatian dan mendedah apa yang tidak wajar)



Rasulullah S.A.W bersabda: “dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”



sudah terang lagi bersuluh kenapa perlu suluh lagi tidak ke sama implikasinya?
Al Quran telah turun sejak berzaman-zaman lagi. Hadith telah dicatat sejak berkurun-kurun lagi. Bahkan Semenjak kita atau ibu bapa belum lahir. Membawa peringatan, panduan dan juga perbezaan. Tetapi kenapa tetap kita lalai? Adakah kita tidak perasan atau buat-buat tidak perasan?

"...kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang..."

peringatan ini telah turun lama sudah. Tetapi menjadi trend terkini dan paling laris! Tidakkah kita sedar atau sekadar menutup sebelah mata?

Pada awalnya sudah memang baik memakai tudung, tetapi dalam kebaikan ada pula kelompongan. Fungsi awal tudung bagi menutup bentuk rambut telah terbalik menajadikan Tudung UNTUK tengok bentuk rambut. Mana fungsi sebenarnya pergi? Tidak terkecuali juga pada yang bertudung pendek dan kurang sempurna. Apatah lagi yang tidak bertudung langsung. Telah dinyatakan terang dan jelas akan tiket free ke Neraka. Adakah kita tidak takut? Sudah kena baru hendak mengadah?

0 00:

Post a Comment