Al Iadah Hiya Az Ziadah

Pages

Saturday, June 16, 2012

Kefuturan tidak memilih mangsa!

Posted by ABC On 10:17 AM 4 comments


[Kredit]

Tarbiyah adalah suatu perkara yang misteri. Ajaib mungkin.

Hanya orang yang pernah melalui tarbiyah tahu apa yang saya maksudkan.

Mengapa misteri? Mengapa ajaib? Kerana kesan daripada tarbiyah datang dengan sendirinya. Hatta orang yang melalui tarbiyah itu sendiri kadang-kadang tidak menyedari yang tarbiyah telah merobah dirinya.

Percakapannya menjadi lebih berakhlak.

Dia yang dahulunya baran dan gopoh kini sudah pandai bersabar.

Kekasarannya dahulu berjaya diubah menjadi logam berharga yang tiada tolok bandingan nilainya.

Tudung bawal kini sudah bertukar menjadi tudung DBKL.

Dia yang pemalu dan segan untuk ke hadapan kini sudah bergaya menyampaikan 'Saya Hosem' di depan khalayak ramai.

Dan entah apa-apa lagi tok nenek transformasi yang dialami dirinya, sama ada sedar atau pon tidak.

Yang pasti orang di sekelilingnya sedar dan perasan akan perubahan ini. Kerana ia perubahan yang semulajadi, yang natural. Semuanya itu hasil dia melalui dan mengikuti pelajaran-pelajaran yang terkandung di dalam madrasah tarbiyah.

Itulah anugerah Allah buat hamba-hambaNya yang mencari hidayahNya. Itulah nikmat yang Allah kurniakan pada mereka yang memburu chentaNya. Dan itulah kelebihan yang Allah berikan pada insan-insan yang ikhlas mahu merubah dan menjadi manusia berjiwa hamba.

Kesesakan jalan raya boleh jadi tarbiyah buat dirinya.

Makanan yang dipesan lewat tiba sehingga perut sudah mula berzanji, itu menjadi tarbiyah buat dirinya.

Hatta hanya dengan melihat orang ramai di sekelilingnya, yang pelbagai ragam dan macam, itu sudah cukup untuk menjadi tarbiyah buat dirinya.

Matanya kini dipakaikan dengan kanta sesentuh dakwah dan tarbiyah; segala-gala yang dilihatnya adalah tarbiyah buat dirinya. Setiap perkara yang terjadi pada dirinya, akan menambahkan keimanannya kepadaNya. Setiap musibah yang melanda dirinya, akan menguatkan rindu dan chentanya pada Allah yang telah menciptakannya.

Itulah tarbiyah. Itulah keajaiban dan kehebatan tarbiyah. Sumpah osem bukan..?

Maka... Menggunakan logik dan hujah yang sama, perkara yang serupa akan berlaku apabila kita mula meninggalkan tarbiyah. Apabila kita pula menjauhi tarbiyah, diri kita akan mula berubah, beransur-ansur, perlahan-lahan, dan selalunya tanpa kita sedari akan perubahan-perubahan ini.

Percakapan kita tidak lagi menggambarkan kita seorang akh atau ukht.

Perlakuan dan perwatakan kita sudah tiada bezanya dengan orang yang tidak melalui tarbiyah. 

Pakaian kita makin lama makin mendekati syubhah; sekejap halal, sekejap haram.

Dan pelbagai lagi perubahan syaitonirojim yang berlaku pada diri, sebagai 'hukuman' kerana sengaja ponteng daripada madrasah tarbiyah. 

Ini semua akibat kita mula meninggalkan tarbiyah!
 

Teringat kata-kata sakti seorang syaikh kabeer yang menyimpulkan fenomena ini dalam satu ungkapan yang cukup zaaasssss lagi mengoyak jiwa dan raga:

"Ana tak pernah jumpa lagi, orang yang tinggalkan tarbiyah ni, dia jadi lebih daripada ketika dia bersama tarbiyah!" 

Gulp.

Yang lebih menakutkan dan mengerikan adalah apabila kita yang mula menjauhi tarbiyah ini, berasa riang dan seronok pula dengan kefuturan yang sedang kita alami. Kita rasa bebas. Kita rasa diri kita memerlukan 'kerehatan' ini. Kita rasa inilah sebenarnya yang kita mahukan.


Inilah yang dinamakan futur yang dihiasi; kita berasa syok dan seronok dengan lemahnya iman dan pegangan kita. Syatonirojim mula menghias dan menampakkan keindahan dan kecantikan pada perkara-perkara jahiliyyah, sehingga kita merasakan alangkah ruginya dahulu kita tidak bersama dengan jahiliyyah-jahiliyyah ini!

Astaghfirullahal adzim...

Futur itu mungkin normal kerana kita hanya manusia biasa yang punya banyak kelemahan dan kekurangan; iman kita sering sahaja turun dan naik ibarat harga saham di pasaran Bursa Saham Kuala Lumpur. Yang tidak normal dan berbahaya adalah futur yang dihiasi; kita mula jatuh chenta pada kefuturan ini dan semakin menjauhkan diri kita daripada nur bimbinganNya! 

Arakian kita mula petah memberikan alasan. Kita bijak bermain-main dan mengelak ke tepi. Kita mahir pula berkungfu, bertaici dan berwushu, apabila kita diseru untuk berjihad di medan dakwah dan tarbiyah.

"Alamak, aseef ustaz. Ana minggu ni ada hal dengan family lah, tak boleh nak elak. Nanti mak mertua bising!"

"Assalamu a'laikum ukthi. Afwan ana tak dapat nak datang ke bulatan gembira malam ni. Kerja banyak la kat opis ni. Esok ada mesyuarat penting pula, macam-macam yang ana nak kena sediakan ni. Maaf ye, kirim salam pada semua."

"Err, afwan syaikh. Ana tak dapat nak hadir la liqa' malam ni. Kucheng mak ana sakit tenat petang tadi. Nak kena bawa dia ke sepital. Maaf ye."

"Sorry sangat-sangat kak. Saya tak dapat nak pergi konferens riang esok ni. Mak ajak teman pergi Langkawi, ada konferens jugak di sana (dalam hati berbunga riang)." 

Sms: "Akhi, ana x bleh nak knfemkan lg la bleh jd penyampai ke x ntk prog anak2 buah nta. Macam ada hal wiken tu. Nnt ana knfem balik ye? Asif jiddan!"

Dan konfemesyen itu tidak pernah kunjung tiba. Peluh kecil.

Ketika saya menulis post ini, jujur saya katakan yang saya dapat merasakan kefuturan mula menyelinap masuk, merangkak-rangkak ke dalam hati saya. Saya dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena, ada sesuatu yang lain daripada biasa sedang ligat dan rancak menyerang hati saya.

Hallo, nama saya futur. Boleh saya masuk..? [Kredit]

Semuanya gara-gara kerana sudah lama tidak membawa bulatan gembira. Yang ada hanyalah bulatan gembira atas talian, yang sudah tentunya tidak sama dan amat jauh berbeza dengan bulatan gembira muka bertemu muka. Program di hujung minggu juga tidak sekerap biasa. Menyebabkan diri ini terperap di rumah bersama keluarga dan kucheng terchenta. Eh.

Hadek-hadek Kolej Maha Busy sudah pulang bercuti. Maka saya yang selalunya ke sana dua kali seminggu kini hanya duduk di rumah, lebih percuma daripada biasa. Dan jujur, saya berasa amat takut kerana bukan jarang saya merasa seronok dan lega dengan 'kerehatan'  dan 'kepercumaan' ini. Tidak perlu memandu puluhan batu jauhnya, tidak perlu pula pulang lewat malam sehingga menyebabkan menjadi zombie pada keesokan harinya.

Dan anda tahu apa yang lebih menyadiskan dan memilukan tentang semua ini? Kadang-kadang saya langsung tidak merasakan apa-apa, tidak berasa bersalah atau gundah-gulana dengan apa yang sedang berlaku. Allah, sudah matikah hatiku ini...?

Air mata mengalir laju, tidak terhenti-henti.

Dan sedikit demi sedikit, saya mula merasakan perubahan raksasa gorgon pada diri.

Mula berasa malas-malas dan mahu lek-lek dulu isap okok. Rasa tidak bersemangat. Mudah emo dan naik hangin. Selalu merungut. Dan sedikit-berdikit kaki ini mula tergelincir masuk ke dalam lembah jahiliyyah yang dalam itu. Kanta sesentuh atau kaca mata dakwah dan tarbiyah mula mahu tertanggal dari sepasang mata yang penuh dosa dan noda ini. Aduhai.

Puan Mama, sudah selesaikah menghiris bawang merah itu..?

Ini baru seminggu dua tidak berbulatan gembira. Tidak boleh saya bayangkan sekiranya diri ini (nau'dzubillah) lari dan benar-benar jauh daripada tarbiyah! Dan semuanya ini menandakan hanya satu perkara...

Betapa lemahnya iman saya.

Sujud pembebasan, tidak mahu bangkit-bangkit kembali.

Begitulah. Begitulah hebatnya penangan tarbiyah bagi yang pernah merasainya. Begitu hebat pula penangan kefuturan bagi mereka yang tidak cukup kuat dan bersedia untuk menghadapinya.

Kerana di dalam dunia ini hanya ada dua tarikan; tarikan al-haq dan tarikan al-batil. Pastinya tarikan al-batil itu lebih kuat dan mapan, kerana iblis telah berjanji di hadapan Allah yang dia tidak akan sesekali berputus-asa untuk menyesatkan Bani Adam kesemuanya. Maka akhirnya keputusan di tangan kita; kita mahu bersama-sama tarikan al-haq malah menguatkan pula tarikannya itu, atau kita mahu membiarkan diri kita hanyut dan larut, rela ditarik dan diikat kuat oleh al-batil dan jahiliyyah.

"Apa pon (kenikmatan) yang diberikan kepadamu, maka itu adalah kesenangan hidup di dunia. Sedangkan apa (kenikmatan) yang ada di sisi Allah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman, dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakkal, dan juga (bagi) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan keji.."  
[as-Syura, 42:36-37]

 Bak kata Imam as-Shafi'e:

"Kita pemburu sorga sedangkan neraka memburu kita."

Gulp.

Marilah. Marilah kita bersama-sama bermujahadah, menguatkan saf-saf perjuangan ini. Jangan biarkan saf-saf yang telah dibina oleh generasi terdahulu kucar-kacir dan tunggang-terbalik dek karat-karat jahiliyyah yang menebal di dalam diri. Sanggupkah kita mengecewakan ar-Rasul dan para sahabat yang telah berhempas-pulas membina asas-asas dakwah ini dan kita... Kita menghancurkannya dalam sekelip mata..?

Astaghfirullah.

Ayuh. Ayuh mantapkan keimanan di dalan jiwa. Ayuh kita istiqamah dalam perjuangan mencari redha dan chentaNya. Dan ayuh kita kuatkan pertahanan kita, jangan sesekali kita biarkan kefuturan itu menyusup masuk perlahan-lahan, menguasai setiap inci ruang dalam hati kita!

Kerana ketahuilah, kefuturan itu tidak memilih mangsanya. Ia bukan rasis, bukan juga chauvinis. Ia buta warna, tidak mengira jantina atau bangsa. Dan berjaga-jagalah, kerana ia pantas menyerang sesiapa sahaja yang terleka!


*************************************************************


Maaflah tiada idea untuk menulis. Tetapi ada pula artikel untuk dikongsi. Iingin saya bawa anda semua membaca artikel ini kerana sangat-sangat barkait dengan diri kita yang sentiasa berada dalam suasana tarbiah dan memberi erti yang mendalam dalam diri kita.

Sunday, May 27, 2012

Maafkan aku, andai kita tidak dapat bersama

Posted by ABC On 9:49 PM No comments



Saya TAHU semua yang melihat blog ini pernah gagal walau sekali. Saya TAHU semua pernah berusaha/tidak putus asa namun gagal juga. Saya TAHU anda pernah rasa orang lain tidak memahami kita, hanya diri sendiri fahami tuannya. Saya TAHU perasaan apabila berada orang tidak tiada dalam kasut kita. Saya TAHU juga perasaan pabila kita menghampakan orang yang mengharapkan kita. Saya TAHU juga anda semua mungkin pernah tertanya mengapa kita yang diuji. Saya TAHU juga bahawa kegagalan itu merupakan suatu yang pahit untuk ditelan umpama ubat yang pahit sukar untuk ditelan. Namun walau sukar manapun ubat itu pahit untuk ditelan namun ia tetap baik untuk kesihatan diri kita.



                                                              **********************************

Dikeheningan pagi beberapa jam sebelum lecture ini. Saya mengambil kesempatan untuk mengisi sedikit BLog yang boleh saya katakan sudah kategori Blog zaman paleolitik. Maafkan saya atas segala silap saya terutamanya jika tidak meng'update' blog kecil ini. Disebabkan lama tidak update, saya akan mulakan dengan perkara yang 'tidak baik pada mata tetapi baik pada kita'.

Semalam merupakan 'peak' insiden bagi kehidupan aku dimana aku juga akan diuji melalui penghijrahan. Perasaannya sangat bercampur baur walaupun telah ku alami sebelum ini, namun kali ini sedikit berbeza kerana aku sangat yakin dengan keputusan yang bakal tiba. Keputusan yang bakal mengubah segala-galanya dalam kehidupan aku. Aku tidak akan berada disituasi yang sama, orang sama, keadaan yang sama, segala-galanya bakal berubah! 

Andai kita tidak dapat bersama atas perbezaan kelemahan yang tidak dipohon, Masih mahukah anda terhadapku?  Andai kita semua berjalan dijalan yang sama tetapi aku sahaja tersadung ketepi, mahukah kamu menarikku bersamamu? Andai aku kehilangan semuanya, mahukah kamu berada bersamaku? 

(Dipendekkan cerita)

Ramai cuba tolong, tidak kurang juga yang cuba menenangkan. Alhamdulillah aku seorang lelaki, perasaanku sedikit kental berbanding perempuan oleh itu emosi masih boleh dikawal oleh ego.  Aku dahulunya dikenali sebagai 'hero' namun aku terkandas menjadi seorang 'loser'.

Walau pelbagai persepsi telah timbul difikiranku. Namun berbekalkan cebisan iman yang ada mampuku buang segala keinginan yang menjerumus kepada kehancuran seperti yang mampu terjadi didunia kini. Setiap kali aku ditimpa bencana, aku akan memikirkan kebaikannya. Fikir dan fikir aku teringat pula kepada peristiwa Hijrah pertama dimana Para sahabat telah berhijrah dari Madinah ke Habsyah disebabkan kezaliman makin menjadi-jadi di Mekkah. Jika kita kaji teliti maksud hijrah itu sendiri adalah perpindahan, perpindahan yang membawa kepada kebaikan. 

Aku cuba mengaitkan peristiwa hijrah dengan diriku, andai kata Hijrah adalah yang terbaik buat umat pada zaman nabi dahulu, nescaya juga ia bagus untuk aku. Ya, Mungkin kita tidak dapat bersama orang yang kita sayang, buat perkara yang kita sayang, meninggalkan apa yang kita suka, hidup berlainan dengan apa yang kita patut lakukan seperti orang yang sebaya dengan kita. Namun jika kita cuba teliti semula, telitilah walau seketika, kita akan dapati kebaikan itu lebih banyak dari dukanya.

 “Hai Nabi, cukuplah Allah (menjadi Pelindung) bagimu dan bagi orang-orang mukmin yang mengikutimu”. (Al-Anfal : 64),

Kita harus sedar bahawa fitrah kehidupan manusia sememangnya bermula dari KEGAGALAN. Contoh? Banyak dan boleh google sendiri tokoh-tokoh yang hebat terdahulu (rajin sikit jangan malas). Andai kita mencari kasih sayang, kita mempunyai ibubapa yang sentiasa mendokong dari belakang, dan paling penting sekali, tawakal kita itu sendiri.

Jadi bagi pendapat aku, bersyukur dengan ujian yang hadir dalam hidup kita sangat penting kerana kita adalah orang yang TERPILIH , LAYAK, dan MAMPU menghadapi ujian ini dibandingkan dengan rakan-rakan lain yang tidak hadapi ujian seperti kita. "an apple a day keeps the doctors away". Cabaran awal menyediakan kita bagi menghadapi cabaran yang lewat.


"Bagaimana mereka boleh dikatakan beriman sedangkan mereka masih belum diuji?"


Sebenarnya kita ada backup yang kecil dan juga paling besar sekali..Bergantung kepada apa sebenarnya yang kita percaya ! 

Andai kita tidak yakin dengan ketentuannya, bagaimana kita hendak yakin dengan apa yang bakal kita lakukan?

Aku bercakap ini sebenarnya sekadar ingin menenangkan dan menyedapkan hati dan juga pembuka bagi penulisan blog ini. Minta maaf andai tiada kaitan dengan hasrat pembaca. Namun ini merupakan permulaan bagi penulisan seterusnya. Wallahua'lam.

(Doakan watak dalam cerita ini agar terus kuat dan menjadi orang yang berjaya pada suatu hari nanti)

Saturday, October 29, 2011

Nothing

Posted by ABC On 4:26 AM No comments


Jika sebelum ni kebanyakan post hanya ditulis dalam keadaan hitam
Namun bukan kali ini....

Jika merasa diri kerugian banyak, nescaya ada lagi yang menjadi pertaruhan besar
Tiada kata yang mampu gambarkan , diam hanya menjadi jawapan

suatu yang terpaut lama dalam diri
Meminta pada Tuhan bagi selesaikan ikatan ini

(Cubaan muhasabah diri)

Thursday, September 22, 2011

Mengapa perlu atau tidak berpurdah...?

Posted by ABC On 8:05 AM 9 comments

Setelah bertungkus lumus menconteng paper instead dari Blog. Sekarang masa untuk 'shift the paradigm'. Jadi jika lama tidak buka blog banyak mengomen ini, maaflah, ada exam!

Ninja!

Purdah!


These were the ingredient chosen to make perfect little girl,
But professor utonium accidently added extra ingredient to the contaction
Chemical X....

(pengenalan powerpuff girl, macam pernah tgk)


Abaikan semuanya. Tiada unsur mengutuk. Gambar hanya sekadar hiasan semata.
Baik , hari ini kita akan membicarakan mengenai isu pemakaian. Pemakaian ini mudah saja dan ramai sudah mengupas. Jadi tidak perlulah kita ulang perkara yang sama.

“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.” Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah maha pengampun lagi maha penyayang.(QS Al-ahzab: 59)

**************************************

Trend atau Train?

Seperti yang kita lihat masa sekarang, pemakaian niqob boleh dianggap sebagai perkara lazim berlaku dalam masyarakat. Alhamdulillah semua ingin menghidupkan semula sunnah yang ditinggalkan. Pelaksanaan perkara baik sudah semestilah tiada masalah dari erti progres dan efeknya dengan izin Allah. Tetapi yang menjadi masalah adalah pabila ia dijadikan trend bukan atas sifat baiknya. Contohnya Aisyah R.A. Beliau memakai purdah kerana rupanya yang cantik dan menarik perhatian. Jadi demi menyelesaikan masalah, beliau pun memakai penutup wajah untuk bagi mengelakkan fitnah.

Disini kita dapat lihat bagaimana dengan memakai niqob boleh menyelesaikan SESETENGAH masalah dalam masyarakat. Tetapi sekarang perkara itu tidak berlaku tetapi apa yang berlaku adalah yang sebaliknya. Mengharapkan gambar dipuji, menarik perhatian, LIKE dan lain. Ada juga yang menjadikan purdah tersebut sebagai benteng pertahanan diri. Maksud saya menggunakan purdah untuk menyorok muka atas sebab tertentu. Ini bukan suatu kelebihan tetapi kelemahan yang sangat akbar. Mengapa?

Pemakaian niqob adalah satu cabaran yang sangat besar! Sesiapa yang memakai niqob dipandang tinggi dan mulia kerana pengorbanannya dalam menegakkan sunnah. Saya ada 3 contoh

1) Disaat matahari terpacak diatas, kepala tidak boleh lari melaikan hanya terperap bawah kain . Tidak heranlah jika melihat mereka mempunyai banyak line dimuka.

2) Mereka juga kena mengambil posisi yang terbaik ketika makan agar muka masih terjaga dari pandangan.

3) Istiqomah! Once a niqobist, she is a niqobist. Pepatah inggeris yang kononnya cool. Andai kata seorang wanita telah mula memakai niqob dan beliau akan terus memakainya untuk tempoh yang sangat lama kerana ia telah dianggap sebahagian dari pakaian mereka. Takkan lah sewenang-wenangnya kita tanggal pakaian depan orang kan..? Sama ertinya.

Perkara yang ditegaskan dalam pemakaian purdah adalah amanahnya yang besar! Ia melambangkan kemuliaan dan kesucian bahkan agama islam itu sendiri. Setiap insan yang memakainya bukan melambangkan peribadi tetapi agama itu sendiri. Contoh...

Andai kata seorang perempuan memakai niqob tetapi perangai buruk. Orang tidak akan kata perempuan tersebut perangai buruk, tetapi yang kenanya....

'Ini ke perangai orang berpurdah?'

Itu yang saya katakan sebelumnya dimana kita kena pastikan dimana niat sebenar kita . Sekiranya niat kita adalah untuk menjaga muka dan hati dari terjebaknya perkara-perkara maksiat kerana Allah. Nescaya akhlaknya juga terjaga kerana atas takutnya kerana Allah. Oleh itu amanah ini perkara yang besar dan tidak boleh dibuat main kerana ia meliputi keseluruhan, baik dan buruk itulah hasil perlakuan kita. Ini ada yang memakai purdah tetapi aktif dalam aktiviti sosial dalam web, macam ada kontra je?


“Hai anak adam, sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaiah indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat. (QS. Al-a`raf: 26)





***************************
Kesempurnaan

Saya bercakap mengenai niqob ni, bukan sebab saya anti-niqob. (Of course not!!), Niqob is my favourite. Jika saya boleh pakai saya dah pakai dah! (kalaula..) Jika orang ramai tertarik dengan perempuan yang memakai seksi, saya lebih tertarik dengan yang memakai tudung labuh dan juga purdah. Bukan sebab saya suka stalk, tetapi sebab sejuk hati saya melihat mereka. Penjagaan yang rapi terhadap harga diri, mengorbankan keselesaan diri demi agama, dan menyediakan yang terbaik hanya buat bakal suami. Kawan saya yang berbangsa arab pun memberitahu hasratnya untuk berkahwin dengan orang melayu kerana Agama+kelembutan melayu nya. Jadi siapa nak tawar diri kahwin arab...?


Saya ada usulkan perbincangan mengenai niqob. Ada yang menyokong tidak kurang juga yang membantah. Antara yang membantah mempunyai hujah seperti

'Lebih eloklah kita utamakan perkara yang wajib daripada yang sunat kerana yang wajib pun belum tentu dilaksanakan dengan baik.' Contohnya yang tidak memakai tudung.

'imu mengenai agama belum cukup lagi, sudah terfikir mahu pakai purdah. Tunggulah masa yang sesuai dahulu.

Ustaz, saya heranlah. Mengapa perlu ada halangan dalam membuat kebaikan atas kebaikan. Akhowat sudah memakai tudung dan memakai kain tambahan dimuka boleh mendapatkan pahala sunat. Bukankah itu lebih baik? Jika ustaz membandingkan dengan perempuan yang tidak memakai tudung sudah semestilah mereka sangat jauh dengan memakai purdah. Tak kan lah pakai niqob tetapi tudung tiada? Ini kita bicarakan mengenai akhowat yang sudah pakai tudung tetapi ingin menaiki stage lebih tinggi. Jika dalam banyak-banyak perkara sunat yang dilaksanakan dan memakai niqob adalah antara yang mudah. Mengapa tidak digalakkan?

Bercakap mengenai kenaikan stage, merujuk dari pemakai tudung yang menambah niqob diwajah. Tiada syarat yang menyatakan ilmu perlu banyak baru boleh laksanakan sunnah. Memakai niqob bukanlah sunnah yang dituntut tambahan ia adalah sunnah yang masih khilaf dikalangan ulamak.

Sememangnya isu purdah ini masih dibahaskan dan menjadi persoalan khilafiyah. Tiada dalil kuat yang menyuruh wanita untuk berpurdah demi menjaga wajahnya kerana jumhur ulamak menyatakan bahagian yang bukan aurat wanita adalah muka dan telapak tangan. Namun Contoh yang boleh diamati adalah dalam kisah al-fadhaldan juga surah al-ahzab 52 dimana para muslimat zaman rasulullah tidak menutup wajah mereka.
Namun pemakaian niqob boleh menjadi keluar dari sunnah ataupun Bid'ah sekiranya niqob dijadikan simbol perpecahan atau syiar bagi peringkat agama dan dalam beragama.


Ibnu Hajar Al-Haithami mengambil pendapat Al-Qadhi 'Iyadh, wanita tidak wajib menutup wajahnya, secara ijmak(kesepakatan ulama'). Beliau berkata:"pengarang (Imam Nawawi) mengambil dari Al-Qadhi 'Iyadh adanya kesepakatan bahawa tidak wajib bagi wanita menutup wajah di jalannya. Akan tetapi, itu adalah sunnah. Atas lelaki pula untuk menjaga pandangan dari mereka (wanita). Demikian yang diperintahkan oleh ayat Al-Quran."


Antara orang yang disarankan memakai niqob adalah mereka yang

1) merasakan wajahnya menggugat nafsu dan menyebabkan ramai lelaki sms, telefon atau merasakan dirinya menjadi perhatian orang. (hati-hatilah yang ramai friend, kemungkinan anda distalk setiap hari oleh orang sama)

2) Isteri yang mempunyai suami "niqob-lover". Maksudnya sekiranya niqob menenangkan hati suami, bukankah lagi cantik jika isterinya sendiri yang pakai?

3) Sila buka Quran Al-Ahzab : 71. ( baca link ini utk dikaitan)


Dah banyak sangat mengomen. So hendak berhenti disini sajalah. Sudah pukul 12.30 dan itu menandakan masa untuk tidur sebelah syamim (Im male, so housemate). Secara konklusinya cadangan boleh jadi banyak, tetapi pelaksaan tetap satu iaitu dari diri anda sendiri. Banyak pendapat dan khilaf tetapi pilihlah yang terbaik. Tiada paksaan dan jangan anggap terpaksa jika ada orang suka purdah kerana purdah merupakan amanah dan tanda-tanda diri kita bersedia untuk menerima amanah lebih besar dan kesanggupan kita untuk mengorbankan segala demi jalan Allah. Jika sudah tiba masanya, hanya diri anda sendiri yang tahu, bukan mengikut orang lain. Jangan memakainya kerana terpaksa tetapi kerana inginkannya
:)


Manusia mempunyai satu nikmat dimana makhluk lain tiada. Iaitu nikmat membuat pilihan. :)