Al Iadah Hiya Az Ziadah

Pages

Wednesday, March 30, 2011

Kalau tidak ikhlas, JANGAN buat!

Posted by ABC On 8:08 AM 7 comments



Tajdid, tajdid dan tajdid.

"Sebelum kita mulakan majlis, eloklah kita tajdid balik niat kita".Kata pengerusi

"Marilah sama-sama kita tajdid niat kita semula, kenapa kita menghadirkan diri kita kemajlis ini". Kata panel


Orang duk sebut betulkan niat, perbaharui niat, tetapkan niat supaya niat awal tidak lari dari tujuan asal. Tapi niat tidak ubah-ubah juga. Apesal payah sangat nih.


Panjat pokok durian senang, buka buah durian susah. Selagi tidak dibuka, selagi itulah tidak dapat merasai kelazatannya.
Hendak berkata itu senang, hendak dilakukan itu susah.


Niat awal ingin membuat ini dan itu, tapi kecundang ditengah jalan. Niat asal menjadi sesat. Nikmatkah buah yang dimakan?



TIDAK SEMUA YANG KITA BUAT TIDAK ADA YANG SALAH, TIDAK SEMUA YANG KITA BUAT TIDAK ADA YANG BETUL


Menyesal selepas membuat suatu tindakan itu biasa, Belajar dari tindakan itu luar biasa. Akan ada masa bila kita membuat keputusan dan kita akan menyesali perbuatan tersebut. Sama keputusan sementara atau pun seumur hidup. Tetapi tindakan apa susulannya? mengeluh? marah? menyesal? sedih?


Diam. Fikir dan Redha. Tidak semua yang kita lakukan baik disisi kita tapi buruk pada sisi Allah. Tidak semua yang kita lakukan buruk disisi kita tetapi baik disisi Allah.
(2:216)

DIAM supaya kita tidak ganggu konsentrasi orang lain, FIKIR untuk memastikan otak yang sudah berkarat masih berfungsi dan REDHA bagi menyenangkan hati yang resah.

Cuba tetapkan dalam hati, semua yang berlaku adalah telah disuratkan dalam check list kehidupan kita. Sememangnya selepas ini, kita akan terbuat atau tersilap buat tindakan. Namun kesilapan atau kebetulan semuanya memang telah dirancang untuk diri dan kenapa perlu mengeluh? Kalau mengeluh dan bersedih perkara tersebut memang akan tetap terjadi walaupun kita membuat tindakan yang silap. Jadi kenapa kita perlu bersedih sedangkan perkara memang akan terjadi? Sepatutnya kita jadikan ia sebagai penguat untuk mentarbiah diri menjadi lebih baik dan menambah pengalaman kita.


Mungkin Allah menyediakan sesuatu yang besar untuk dia pada masa akan datang - mama


Kalau semua ini ditakdirkan untuk menjadikan kita insan yang lebih baik, matang, arif dan saksama. Kenapa perlu mengeluh atas kebaikan yang bakal kita terima? Bahkan bergembiralah kerana Allah masih mengingati kita dan menyediakan cabaran untuk melatih diri kita.


Jika kita gagal dalam peperiksaan, mungkin untuk menyedarkan kita akan kelalaian dalam akademik kita.

Jika kita gagal dalam membuat keputusan, mungkin pengalaman dan masa diperlukan bagi mempersiapkan kita untuk membuat keputusan kebih baik, bukan sekarang tetapi untuk yang lebih penting.

Jika kita tidak mendapat apa yang kita hendak, mungkin benda tersebut bukan untuk kita dan benda untuk akan hadir, mungkin bukan sekarang tetapi nanti.

Orang kata rezeki semua ada cuma lain

Tabahlah wahai sahabat dalam menduga cabaran, sesungguhnya ujian kita kecil berbanding dengan perjuangan Nabi dan juga sahabat pada zaman dulu kala.

Jika perbezaan zaman sebagai alasan, menampakkan kelemahan yang diri penuh alasan bukan kekuatan.

Jangan mengaku diri telah dicabar selagi

Diri tidak bertawakal lagi seperti Ibrahim AS mulia
Diri tidak setabah Umar melawan ancaman musuh
Diri tidak pemurah Abu Bakar belanja harta demi Allah
Diri tidak seteguh Syed al-Qutb hadapi tali maut
Diri tidak berani Ibn Zubbair menahan panahan
dan..

Diri tidak setabah Irfan

Sunday, March 27, 2011

Posted by ABC On 7:53 AM 4 comments

Hati yang tidak menentu,
tergugat tanpa arah yang satu,
mencari jawapan yang pasti,
penantian tidak membantu,
Hanya usaha membawa kearah yang ingin dituju



Ya Allah ,
Hamba mu memerlukan bantuan mu,
memerlukan hidayahmu
memerlukan kebijaksanaanmu

Ya Allah,
Tunjukilah kami ke jalan yang lurus
Jalan yang engkau redhai
mengikut apa yang ditetapi

Ya Allah,
Engkau maha berkuasa dan maha penyayang
Engkau mengetahui apa yang tidak oleh kami
Engkau tahu apa yang baik disisi dan apa yang tidak
Tunjukilah kami jalan yang terbaik bagi hasil yang baik
Baik disisimu dan juga kami

Ya Allah,
Kami lemah,
Kami tidak berdaya,
kami terbatas bagi semua

Tetapi Engkau tidak
Engkau mampu hidupkan yang mati
Engkau yang menciptakan alam
Engkau mampu menterbalikkan gunung
Engkau juga yang tidak pernah silap

Ya Allah,
Kami lemah,
Kami mempunyai banyak kelemahan
Kami sentiasa membuat kesilapan,

jadi...


Melalui diri hambaMu yang lemah ini
Kami memohon agar
Teguhkan hati kami dengan KekuatanMu
tenangkan hati kami dengan sinar kelembutanMu
Tetapkanlah hati kami mengikut ketentuanMu


Berikanlah kami peluang,
Berikanlah kami masa,
Berikanlah kami kelapangan,

Untuk lebih mengingatiMu
Menginsafi diri.....

Saturday, March 26, 2011

Pergi Nan Sepi

Posted by ABC On 12:18 AM 3 comments



Tadi pabila balik daripada kelas, melalui jalan kuliah Handasah lalu terserempak dengan mak cik tua berjalan menggunakan tongkat berjalan terkedek-kedet menaiki bukit. Sungguh pelan langkah beliau melangkah dimana hanya beberapa inci sahaja berjaya dibuka ketika melangkah demi langkah.

Dalam fikiran terfikir lalu tegurlah kawan di sebelah

"nanti akan tiba masa juga kau akan jadi macam tu, pegang tongkat dan terkedek-kedek macam tu, tunggu masa je ?"

Soalan yang mencerminkan diri juga.


Teringat surah al-asr yang mengingatkan kita tentang masa.


"Demi masa! Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran"


Masa tetap akan berlalu tidak kiralah kita menggunakan awet muda ataupun 'stem cell'. Hendak atau tidak fikrah kehidupan tidak dapat kita manipulasikan mengikut kehendak. Cuma yang tinggalnya cuma amal soleh dan orang yang berlaku kebajikan. Namun Ini jualah yang paling susah hanya disebabkan beberapa patah perkataan yang membataskan. 'takde mase la bro'



Sama juga seperti kematian, ia akan hadir juga dalam kehidupan kita dengan keizinan Allah. Umpama tebing gunung. Cuma menunggu masa sahaja untuk kita berjalan, berjalan dan berjalan tanpa kita sedar, sudah berada ditebing dan apabila sedar dan ingin patah balik, sudah terlambat kerana kaki tidak mampu berhenti , tangan tidak mampu mencengkam dan akhirnya jatuh jua .


Yang paling kesalnya, Ia datang secara mengejut tanpa memberi signal. Seperti kematian ayah sahabat kita, 'Heart Attack'. Walaupun sebelum ini tidak pernah ada kes dan doktor juga tidak mengesan apa-apa. Tanpa sebarang simptom atau isyarat yang mendatang, diperiksa tiada apa. Dicabutnya nyawa beliau selepas solat Jumaat dengan satu kerosakan di jantung seakan-akan memang hendak dimatikan nyawa tersebut pada masa itu jua tanpa sebarang introdusi. Datang dan lalu meninggalkan jasad yang kaku terbujur.

Sungguh kejam penyakit ini!

Datang tanpa diundang, Pergi meninggalkan duka. Tetapi membawa pengajaran yang bermakna. Namun berbekalkan hati yang cekal dan kental, ditabahkan dengan sokongan kawan dan keluarga bahawa ini adalah ketentuan yang sudah ditetapkan untuk ayah beliau dan juga ujian untuk keluarga. Mungkin Allah terlalu menyayangi beliau dan berkehendak untuk berjumpa dengan beliau lebih awal. Moga beliau tergolong antara ahli syurga dan dicucuri rahmat . Kita doakan. Al Fatihah


Dia yang memberi ujian yang besar bukan untuk membebankan tetapi bagi menyediakan kita untuk menempuh cabaran yang lebih besar di masa akan datang.


Itu ujian mati, tetapi bagaimana dengan hati yang mati walaupun masih hidup?


"Kita mengaku kematian pasti datang bagi setiap jiwa, tetapi kita tidak bersedia untuknya"






Friday, February 25, 2011

Diam tidak bererti selamat

Posted by ABC On 4:01 PM No comments




Pernah dengar ungkapan " Diam adalah penyelesaian terbaik"? "Diam adalah emas"? dan juga peribahasa lain. Kata dasarnya membawa erti dalam sesetengah perkara diam adalah cara yang terbaik bagi menyelesaikan masalah.

Kita sangka sekiranya terhasilnya sesuatu masalah tetapi bertindak dengan mendiamkan diri dengan harapan orang yang terkena melupakan. InsyaAllah perkara sudah selesai.

Kita beranggapan apabila kita ditindas tetapi mendiamkan diri kerana mungkin ramai lagi yang boleh selesaikan. Tidak salahkan jadi pihak berkecuali. Mungkin ada yang memikirkan penyelesaian tetapi sekadar dibibir bukan ditangan.

Kita merasa bahawa kita betul dan mendiamkan diri adalah cara menunjukkan kita yang benar. Kitalah parti 'kerajaan'!


Iyakah? Terjatuhnya jerusalam hanyalah dengan permainan strategi semata-mata? Bahkan usaha, titik peluh, penat lelah dan juga pengorbanan menjadi pertaruhan.

Jatuhnya Husni Mubarak hanyalah dengan permainan politik sahaja. Sedangkan ramai terkorban hanya kerana membaling suara?

Patahnya pokok bukan kerana daunnya yang tidak menjalankan
photosynthesis tetapi akarnya yang tidak melaksanakan kewajipan
dengan menjadikan dirinya teguh dan saksama. Mencegah kemungkaran
tidak terlupa juga kesilapan. Bererti disamping kita mencegah kesilapan
yang zahir tetapi sentiasa meng'update' dengankelemahan diri.


Tidak semua perkara memerlukan Pendiaman. Bahkan suara,
pendapat dan juga sokongan diperlukan.. Jika kita ditindas, dicerca, dan
dihina. Kita hendak menunggu Imam Mahdi menyelamatkan kita? Kenapa
bukan kita cuba mengambil sifatnya dan semaikan dalam diri ? Mungkin
sebab bukan privacy diri yang kena tetapi 'whole sum' jadi tidak perlulah
kita susah-payah Jadi pihak berkecuali
sudahla....senang hidup


Bukan disaat sedih, keseorangan, tragis, kesempitan kita sokongan.
Tetapi juga waktu gembira dan yang positive belaka. Umpama air yang
dididihkan. Kalau kita biar lama-lama jadi sejuk juga Memerlukan
pendidihan yang berterusan agar air tersebut panas. Tidak kiralah kita
manusia type apa sekalipun, sokongan moral dan physical tetap diperlukan
dalam semua aspek kerana sememangnya fitrah manusia macam itu perlu
pasangan


Walau dalam apa jua aspek kehidupan sekalipun, kalau benang itu
sifatnya basah dan tegak tegakkan jelah sebab sifatnya sememangnya
begitu. Tidak ada yang akan marah kalau benda itu sememangnya betul dan
ditempat yang benar. Yakin dengan diri kerana kita sendiri yang mencorak
kehidupan kita dan juga masyarat. Bukan hanya memikirkan soal diri tetapi
soal lain diketepikan. Ingat lain ingat diri.



عن أبي حمزة أنس بن مالك رضي الله عنه –خادم رسول اله صلى الله عليه وسلم قال " لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه

Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik radhiyallahu anhu, pelayan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, dari Nabi Shalallahu ‘alaihi wasallam, beliau bersabda: “Tidak beriman seseorang di antara kamu sehingga ia mencintai milik saudaranya (sesama muslim) seperti ia mencintai miliknya sendiri”.


ps: terima kasih atas toleransi anda

Wednesday, February 23, 2011

Tidak Perasan?

Posted by ABC On 6:55 AM No comments


"Creator And creation"

atau nama lainnya pencipta dan hasil ciptaan. DUA makna berbeza tapi membawa kepada SATU makna yang utama.


Islam disandarkan atas konsep ini. DImana ada pencipta , ada ciptaannya. Kalau tiada pencipta, tiadalah ciptaannya?


Kalau difikirkan secara logik, terjadinya sesuatu adalah atas efek sesuatu.


Contoh menara KLCC yang kita gahkan tidak akan terhasil sekiranya tiada penciptanya seperti engineer, planner, buruh dan lain. Bila ditayangkan pada satu dunia, orang pasti akan tertanya negara apa itu, siapa designer dia, siapa engineer dia, siapa perekanya?


Jadi apa yang ada didepan mata kita sekarang?


"Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya"
(Surah An-Naba’, 78: Ayat 7)


Tidak akan terciptanya Gunung, laut, langit, bulan, matahari, tanah, manusia dengan sewenang-wenangnya tanpa kehadiran penciptaNya.

Kalau rekaan KLCC boleh ditanyakan akan penghasilanNya. Kenapa tidak kejadian bumi? Kalau pelopor ilmu sains boleh kita terokai, mengapa bukan ilmu agama?



"Dan Kami telah mengadakan matahari menjadi lampu yang terang-benderang cahayanya?"
(Surah An-Naba’, 78: Ayat 13)



Pernah dengar Darwinism? Teori evolusi? Dimana manusia ni sebenarnya asal daripada Beruk? Saya katakan tidak pada teori ini!



"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat : Sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniupkan kedalamnya ruh (ciptaan)-ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud" (QS. Al Hijr (15) : 28-29)


Teori Darwin boleh ditolak bulat-bulat kerana beliau menggunakan teori evolusi sedangkan Adam dan Hawa dievolusikan kah? Sudah terang lagi bersuluh manusia diciptakan dari Tanah seperti tercatatnya diatas.

Tetapi bagaimana terhasilnya tanah tersebut? Sudah semesti dari PenciptaNya.


Hendak kenal Islam? Mudah sahaja tetapi kenapa menyukarkannya?


"Mamak! Teh tarik satu! ". kata pelanggan. "Teh tarik siap boss! ". kata mamak. Uiisssh, sedap nih! siapa buat ni mamak? Mestilah saya, siapa lagi. tak kan nenek saya kot .ceh. kata mamak


Siapa hasilkan Milo? Mamak lah. Jadi siapa penciptanya? Mamaklah. tak kan nenek dia kot. Betul?
Jadi alam semula jadi kita, universe kita siapa yang ciptakan? Penciptalah! ceh


Jadi siapa yang menciptakan bumi, gunung, pasangan, Malam, siang dan manusia. Ini jawapan utk persoalan


“Dan Dia-lah Tuhan yang membentangkan bumi dan menjadikan gunung-gunung dan sungai-sungai padanya. Dan menjadikan padanya semua buah-buahan berpasang-pasangan, Allah menutupkan malam kepada siang. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan. Dan di bumi ini terdapat bagian-bagian yang berdampingan, dan kebun-kebun anggur, tanaman-tanaman dan pohon korma yang bercabang dan yang tidak bercabang, disirami dengan air yang sama. Kami melebihkan sebahagian tanam-tanaman itu atas sebahagian yang lain tentang rasanya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berpikir.”
(QS. Ar-Ra‘d, 13: 3-4)